HomeIsu tempatanKepelbagaian budaya dan etnik Sabah jadi tarikan buat 100 sukarelawan siswa

Kepelbagaian budaya dan etnik Sabah jadi tarikan buat 100 sukarelawan siswa

Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kepelbagaian dan keunikan budaya serta etnik kaum di negeri ini menjadi antara pembakar semangat buat 100 sukarelawan siswa yang akan menabur bakti kepada masyarakat setempat menerusi program ‘Ini Warisan Kita; Misi Sukarelawan Siswa’ ke Sabah.

Misi selama 18 hari bermula 1 September lalu itu adalah melibatkan enam buah daerah di negeri ini antaranya Penampang; Kudat; Kota Belud; Beaufort; Papar dan Kota Kinabalu.

Majlis pelepasan misi itu telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.

Sukarelawan yang ditemui mengakui rasa teruja untuk menabur bakti kepada masyarakat setempat di negeri ini selain ingin belajar mengenai budaya suku kaum di Sabah.

Bagi pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Anisa Paya Jose,23, berkata, peluang bagi menyertai misi itu merupakan satu peluang berharga buat dirinya kerana dapat membantu masyarakat selain ingin mengenali budaya etnik di negeri ini.

Anisa Paya Jose

“Semenjak saya dapat tahu yang saya dipilih untuk program misi ke Sabah ini, saya terasa sangat teruja dan saya bersyukur sebab ini satu-satunya peluang yang saya dapat untuk datang ke tempat yang saya tidak tahu tentang budaya orang Sabah, saya belum tahu sangat.

“Meskipun sebelum ini saya pernah ke Sabah namun peluang untuk membantu masyarakat atau mengenali budaya itu pada ketika itu belum ada dan inilah peluang yang sangat berharga buat saya,” katanya.

Sementara itu, bagi Harvindas Thevavas,23, turut mengakui rasa teruja dengan peluang yang diberikan terutama apabila ditempatkan di kawasan pedalaman utara Sabah iaitu Pulau Banggi Kudat.

Harvindas Thevavas

“Ini adalah misi pertama saya ke Sabah. Saya sangat teruja dengan saya ingin pergi menjelajah kawasan yang saya dapat ditempatkan di situ. Saya ditempatkan di sebuah perkampungan di Pulau Banggi Kudat.

“Saya telah mempelajari serba sedikit tentang kawasan berkenaan, tapi saya mahu lagi teroka apa-apa perkara yang saya boleh belajar dekat masyarakat-masyarakat disana nanti,
 katanya.

Terdapat beberapa projek akan dilaksanakan pada misi kali ini antaranya membaik pulih Kompeni A, Batalion 2, infrastuktur sekolah dan masjid. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS, Yun Fook Resources laksana penyelidikan nutrisi murid sekolah di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular