HomeSukanProgram JOM bantu perkasa pertubuhan belia di Sabah

Program JOM bantu perkasa pertubuhan belia di Sabah

Read Time:1 Minute, 23 Second

Putatan : Program kembara Jumpa Orang Muda (JOM) yang dilaksanakan di beberapa daerah di Sabah berupaya membantu dalam memperkasa pertubuhan-pertubuhan belia yang ada di negeri ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata, program itu juga dapat memberikan pendedahan kepada golongan belia yang dilihat masih kurang terlibat dengan aktiviti-aktivti pertubuhan.

“Ini juga strategi pemerkasaan kepada pertubuhan-pertubuhan belia kita menjelang transisi umur. Selalunya cabarannya adalah umur 30 tahun, mereka merasakan bahawa kurang pendedahan daripada sektor belia yang berusia yang lebih muda ini.

“Jadi ini antara program yang kita rancang supaya mereka dapat dekati lebih ramai lagi dan cari cungkil bakat-bakat dalam kalangan mereka.

“Sebab itu kita buat sesi interaksi, kita dedahkan mereka ini dengan dialog, kita juga ajak mereka untuk bincang isu-isu yang di luar, kerangka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program JOM di Dewan Sri Putatan di sini petang tadi.

Adam berkata, program yang diadakan juga membolehkan Kementeriannya mengumpul data berkaitan keperluan-keperluan belia di negeri ini untuk dipertimbangkan dalam belanjawan khusus untuk belia.

“Sebagai contoh, banyak golongan belia yang masih lagi membangkitkan isu-isu fasiliti asas di kawasan masing-masing. Jadi kita nampak sebenarnya masih banyak yang perlu dilakukan.

“Atau contohnya program yang memperdayakan mereka dalam bidang keusahawanan. Kita mungkin dilihat kurang. Jadi dalam peruntukan, kita harus tambah lagi. Dalam belanjawan, kita harus tambah lagi. Ini cara-cara kitalah sebab ini juga kta jadikan sebagai sesi libat urus,” katanya.

Program JOM ketiga yang diadakan di daerah Putatan itu telah dihadiri lebih 750 belia dan program itu juga akan diteruskan di daerah lain seperti, Kota Marudu, Keningau termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular