HomeUtamaElemen khas bakal jadi pengisian sambutan Hari Malaysia 16 September ini

Elemen khas bakal jadi pengisian sambutan Hari Malaysia 16 September ini

Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh : ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini bakal meninggalkan kenangan yang amat bermakna kepada rakyat di negara ini khususnya di Sabah.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, terdapat elemen khas akan turut dimasukkan dalam pengisian sambutan nanti atas cadangan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan elemen khas berkenaan, sebaliknya menjemput orang ramai hadir bersama-sama untuk menyaksikan elemen tersebut sekali gus memeriahkan sambutan itu.

“Sewaktu kunjungan hormat pada Tuan Yang Terutama Tun Juhar pagi tadi, Tuan Yang Terutama telah menyampaikan sedikit pandangan tentang mungkin satu aspek kepada sambutan yang beliau minta kami teliti dan cuba laksanakan.

“Jadi insyaAllah kita sedang merencana permintaan akhir, di saat akhir tapi saya rasa boleh kita lakukan. Dan selain dari itu kita telah minta supaya promosi bagi acara ini diperhebat dengan pemasangan billboard dan poster serta sebaran termasuk kepada komuniti madani di seluruh negeri Sabah

“Jadi kita raikan dan alu-alukan orang ramai dari dekat dan jauh untuk sama-sama kita meraikan sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka 16 September ini pada jam 8.30 malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat lawatan persiapan di tapak sambutan Hari Malaysia yang terletak di Padang Merdeka di sini petang tadi.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.

Fahmi pada masa sama turut menjangkakan kehadiran pengunjung pada sambutan kali ini akan mencecah antara 30,000 ke 40,000 orang berdasarkan saiz dan keluasan tapak sambutan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular