HomeSukanKerajaan Sabah teliti, pertimbang semula cadangan jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027

Kerajaan Sabah teliti, pertimbang semula cadangan jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah akan meneliti dan mempertimbangkan semula cadangan untuk menjadi salah satu penganjur bersama Sukan SEA 2027.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, keputusan itu dibuat semalam secara sebulat suara oleh ahli- ahli mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, selepas meneliti dan menilai pelbagai aspek.

“Berkenaan dengan cadangan awal Sabah menjadi salah satu penganjur bersama Sukan SEA 2027, ia masih memerlukan persetujuan Jemaah Menteri.

“Semalam, kami telah bersetuju bahawa Sabah akan meneliti dan mempertimbangkan semula cadangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ellron berkata, kementeriannya juga akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia untuk mendapatkan perincian lanjut cadangan penganjuran bersama Sukan SEA 2027.

“Saya akan bertemu dengan Menteri KBS Malaysia secepat mungkin untuk membincangkan dan memperjelaskan perkara ini secara terperinci.

“Hasil perbincangan dan maklumat terperinci berkaitan penganjuran akan dibentangkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri Sabah,” katanya.

Bagaimanapun, Ellron berkata, kerajaan Sabah amat menyambut baik hasrat kerajaan persekutuan untuk menganjurkan temasya itu.

Katanya, Sabah akan memberikan sokongan penuh serta bekerjasama erat untuk memastikan kejayaan Sukan SEA 2027.

Semalam Menteri Kewangan Datuk Ser Masidi Manjun berkata, Kerajaan Sabah tidak pernah membuat sebarang komitmen kewangan membabitkan penganjuran bersama temasya Sukan SEA 2027.

Katanya, Kabinet negeri juga pada masa ini belum bersedia menjadi hos bersama berikutan kemudahan sukan yang tidak mencukupi.

“Mesyuarat Kabinet Kerajaan Sabah hari ini mengesahkan tidak pernah membuat sebarang komitment kewangan bagi penganjuran Sukan SEA 2027. 

“Kerajaan Sabah juga belum bersedia menjadi ‘co-host’ kerana kemudahan-kemudahan sukan di Sabah masih perlu dipertingkatkan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular