HomeUtamaMayat nelayan dibaham buaya ditemui

Mayat nelayan dibaham buaya ditemui

Read Time:57 Second

KINABATANGAN: Mayat seorang nelayan berumur 25 tahun telah berjaya dijumpai dipercayai mangsa dibaham buaya selepas dilaporkan hilang semasa menjalankan aktiviti memukat di sungai Ladang Tong Hup LP7 dekat sini pada petang semalam (4 Sept).

Mangsa dikenali sebagai Brono Kamilgs Nahak, mayatnya berjaya ditemui pada jam kira-kira 10.45 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat yang dilancarkan awal pagi tadi sebaik saja menerima maklumat pada jam 6.28 pagi tadi (5 Sept).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, menurut maklumat awal dari pemanggil, mangsa disedari hilang pada jam 3 petang semalam (4 Sept).

Katanya, hanya terdapat motosikal, pakaian dan pukat mangsa di lokasi kejadian dan berkemungkinan disambar buaya.

“Usaha mencari mangsa dijalankan oleh rakan sekerja mangsa namun gagal.

“Seterusnya operasi SAR dijalankan oleh pasukan Bomba, polis dan Jabatan Hidupan Liar dan pada jam 10:45 pagi tadi mangsa telah berjaya ditemui oleh pasukan SAR pada jarak 1 kilometer dari lokasi mangsa disambar buaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR ditamatkan pada jam 12.53 tengah hari,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular