HomeIsu tempatanNDRC UMS sedia kolaborasi bersama agensi lain dalam pengurusan bencana

NDRC UMS sedia kolaborasi bersama agensi lain dalam pengurusan bencana

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima kunjungan delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdiri daripada peserta aktiviti Asean Emergency Operations Centre (EOC) Network, National Emergency Operations Centre Exercise (NEOCX) dan Sepanggar Simulation Exercise (SSE) 2024, baru-baru ini.

Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus berkata, lawatan yang diadakan ke NDRC UMS itu bertujuan mengenal pasti fungsi dan kajian yang dijalankan oleh NDRC secara mendalam serta meneroka peluang kolaborasi dalam pengurusan bencana.

“NDRC UMS mengalu-alukan kunjungan daripada KKM serta hasrat untuk meneroka peluang kolaborasi dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan bencana negara terutamanya di Sabah. 

“Kunjungan seumpama ini dilihat dapat menggalakkan kolaborasi pihak akademia serta menerokai persefahaman pintar antara pihak NDRC UMS dengan agensi kerajaan seperti KKM ke arah memperkasa agenda pengurangan risiko bencana negara.

“NDRC UMS merupakan focal point untuk semua penyelidikan di UMS berkaitan dengan bencana alam di Sabah dan merupakan pusat yang aktif dalam aktiviti-aktiviti melibatkan pengurusan dan pengurangan risiko bencana melalui penyelidikan dan program kesedaran awam termasuklah program kesedaran pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti di Sabah,” katanya. 

Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan, Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr. Hazlina Yahya dan disertai oleh kira-kira 50 orang pakar daripada pelbagai bidang.

“Delegasi berkesempatan melawat Stesen Tolok Pasang Surut (Tsunami), MET Malaysia di jeti UMS dan Sistem Pemantauan Gempa Bumi, SEISCOMP3 di Makmal NDRC. Penerangan mengenai fungsi teknikal Tolok Pasang Surut (Tsunami) dan SEISCOMP3 ini telah disampaikan oleh Dr. Chai Mui Fatt,” tambah Carolyn.

Hadir sama dalam lawatan tersebut Ketua Kluster Gempa Bumi NDRC UMS Ir. Ts. Dr. Noor Sheena Herayani Harith; Ketua Kluster Hakisan Pantai dan Sungai NDRC UMS Prof. Madya Ts. Dr. Ejria Saleh; Timbalan Pengarah I, Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah MET, Dr. Chai Mui Fatt serta Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Maria Suleiman.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular