HomeIsu tempatan18 mahasiswa jayakan Misi Sukarelawan Siswa di Kampung Suasa

18 mahasiswa jayakan Misi Sukarelawan Siswa di Kampung Suasa

Read Time:1 Minute, 2 Second

Beaufort : Seramai 18 mahasiswa dari beberapa buat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara memilih Kampung Suasa di sini sebagai destinasi pilihan bagi menjayakan Misi Sukarelawan Siswa.

Program yang dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara itu disertai seramai 100 sukarelawan yang dibahagikan kepada beberapa buah daerah di negeri ini bermula 1 September lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima kehadiran mahasiswa yang dilihat dapat membantu Masyarakat setempar menerusi program yang akan dilaksanakan kelak.

“Semua mereka akan melaksanakan misi sukarelawan sepanjang berada di sini menerusi pelbagai program yang dirangka antaranya melibatkan pendidikan kanak-kanak setempat.

“Mereka akan menginap d rumah keluarga angkt dan hari ini juga mereka akan berkongsi pengalaman hidup di kampung dan juga mereka akan menikmati makanan Masyarakat Bisaya di kampung ini selain melihat kebudayaan serta adat resam,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah di Sekolah Kebangsaan (SK) Suasa di sini semalam.

Sebanyak 10 keluarga di kampung itu telah terpilih menjadi keluarga angkat kepada mahasiswa terbabit yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, pihaknya turut meminta IPT tempatan untuk mengadakan program seumpama itu khususnya di pedalaman atau luar bandar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular