HomeUtamaHajiji lawat kilang BTC, saksi pertukaran MoU dan Loi

Hajiji lawat kilang BTC, saksi pertukaran MoU dan Loi

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor melakukan simbolik pecah tanah Kilang Memproses Makanan dan Roti Baharu Syarikat Kumpulan BTC Berhad di Bangunan Darul BTC , Jalan Tuaran Bypass, Inanam di sini pagi tadi.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Kumpulan BTC dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk program perindustrian desa kepada golongan miskin tegar.

Selain itu Hajiji turut menyaksikan pertukaran Surat Niat (Letter of intent (Loi)) melibatkan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Loi antara BTC dan UMS melibatkan Fakulti Sains Makanan dan Sains Pemakanan sebagai rakan strategik membantu dalam pembangunan dan penyelidikan untuk menambahbaik kualiti produk selain memberi peluang dan ruang kepada siswazah menjalani latihan praktikal. 

Manakal Loi bersama ABM pula, entiti itu akan membekalkan tenaga mahir dan separa mahir kepada BTC selain mengilap kebolehan kakitangan sedia ada.

Hajiji yang diiringi oleh Pengarah Urusan Kumpulan BTC Berhad, Datuk Abdul Kadir M.E.Sikkandar dibawa melawat kilang itu dan beramah mesra dengan pekerjanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular