HomeUtamaKerjasama rapat KPMKR, pengamal media bantu sebar maklumat berkaitan kepada rakyat

Kerjasama rapat KPMKR, pengamal media bantu sebar maklumat berkaitan kepada rakyat

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Kerjasama rapat antara Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) dan pengamal media di negeri ini berupaya membantu menyebarkan maklumat berkaitan kementerian itu kepada rakyat di Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, ia termasuklah sektor kesihatan, kesejahteraan dan beberapa bidang keutamaan lain yang harus dikongsikan kepada masyarakat.

James (kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan kepada wakil Sabah Media

Justeru katanya, pihaknya akan senantiasa bersedia mengeratkan lagi kerjasama dengan pihak media.

“Saya ingin tekankan bahawa Media merupakan pihak yang dapat memberikan maklumat lanjut kepada masyarakat tentang golongan sasar KPMKR seperti golongan wanita, kanak-kanak, golongan tua, para pesakit, OKU seumpanya, dan cara untuk membantu mereka. 

“Saya berpendapat, semua pihak harus melihat semula fungsi yang dimainkan oleh media massa dalam menyebarluaskan maklumat mengenai isu kesamarataan hak-hak golongan sasar ini kepada masyarakat. 

“Ini kerana, akibat daripada kekurangan pengetahuan yang sahih mengenai fungsi media massa sebagai pencorak sosio-budaya serta maklumat mengenai kesamarataan hak-hak golongan berkeperluan khas yang ada, maka hal ini telah menyebabkan kesukaran mengidentifikasikan proses pemahaman, penilaian dan pembentukan tingkah laku di dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Media bersama Menteri KPMKR di sini semalam.

James berkata, semua pihak perlu bertindak membantu mengatasi kekurangan maklumat dan pengetahuan masyarakat mengenai kesamarataan hak dalam kalangan golongan sasar di Malaysia dari perspektif media dan masyarakat. 

“Sekali lagi ditekankan, media massa adalah alat atau instrumen terpenting yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, membina persepsi dan tanggapan, dan membentuk sikap masyarakat tentang maklumat yang disampaikan,” katanya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular