HomeUtamaTuntutan Kumpulan Sulu : Kemenangan akhir kukuhkan kedaulatan Sabah

Tuntutan Kumpulan Sulu : Kemenangan akhir kukuhkan kedaulatan Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Keputusan muktamad oleh Mahkamah Agung Belanda yang menolak rayuan yang difailkan oleh pihak tuntutan Sulu adalah berita baik untuk Sabah dan Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Mahkamah Agung telah memutuskan keputusan itu memihak kepada Malaysia dan sekali gus menamatkan tuntutan yang Sabah tidak pernah iktiraf sejak dari awal lagi.

Beliau  menegaskan bahawa kedaulatan Sabah dalam Malaysia tidak sepatutnya diragui dan dicabar oleh sesiapa.  

Hajiji berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa keputusan Mahkamah Agung Belanda telah menutup bab berhubung usaha pihak tuntutan untuk menguatkuasakan tuntutan yang tidak sah ke atas Malaysia.  

Semalam, Azalina berkata, Kerajaan telah memperoleh kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda hari ini, yang membuat keputusan berpihak kepada Malaysia dan menolak rayuan difailkan oleh kumpulan Sulu, 

Menerusi akaun X beliau semalam, Azalina berkata keputusan Mahkamah Agung Belanda iaitu suatu yang muktamad dan sahih, menamatkan percubaan pihak menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Malaysia di Belanda.

“Keputusan Mahkamah Agung ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Hague pada 27 Jun 2023, yang mengekalkan cabaran Malaysia terhadap permohonan pihak menuntut di Belanda untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Award Akhir yang dibuat oleh Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Feb 2022,” kata Azalina. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hujan lebat, tapi orang ramai tak berganjak – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular