HomeIsu tempatanUmat Islam di dua kampung bakal terima surau lebih selesa

Umat Islam di dua kampung bakal terima surau lebih selesa

Read Time:57 Second

Beaufort : Penduduk Kampung Berumbai dan Kampung Kangsa khususnya umat Islam di sini akan menerima masing-masing sebuah surau konkrit yang lebih selesa.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, surau yang dijangka siap penghujung tahun ini mengambil kos perbelanjaan sebanyak RM250,000 bagi sebuah surau.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM150,000 diperuntukkan bagi tujuan pembinaan surau dan RM100,000 lagi digunakan bagu tujuan penimbusan tapak surau.

“Dengan terlaksananya surau baru yang konkrit dan kukuh itu nanti pastinya akan memberi keselesaan kepada penduduk khususnya umat Islam yang akan beribadah di surau itu nanti.

“Sudah tentu kita telah mendengar dan mengambil peduli hasrat rakyat kita khususnya di dua kampung ini yang begitu lama menanti surau baru. Surau lama terlalu usang,” katanya.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, ia juga adalah sejajar dengan slogan Sabah Maju Jaya yang telah melihat atau mengenal pasti surau baru perlu dibina untuk kedua dua buah kampung ini.

“Semoga kerja-kerja pembinaan kedua dua buah surau ini berjalan dengan baik dan akan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan agar masyarakat dapat melakukan ibadah dan juga aktiviti keagamaan di sini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular