HomeUtamaOrang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Arkib Negeri Sabah menjemput orang ramai untuk hadir ke pameran tentang pembentukan Malaysia yang diadakan selama empat hari bermula 12 September ini.

Pengarah Arkib Negeri Sabah, Shirley Sion berkata pameran yang bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu turut dijayakan bersama Jabatan Muzium Sabah, Balai Seni Lukis dan Pusat Biodiversiti Sabah.

“Bahan-bahan yang akan dipaparkan adalah berkisar tentang sejarah pembentukan Malaysia, artifak-artifak oleh Jabatan Muzium Sabah dan lukisan-lukisan Balai Seni Lukis yang menggambarkan Hari Malaysia, dan kemungkinan juga kami akan paparkan sedikit tentang keagungan Gunung Kinabalu.

“Selain itu, para pelajar dan orang ramai juga boleh menonton filem bersejarah di Teater Mini Arkib Negeri Sabah, dan inilah kelainan dari tahun sebelumnya, kerana buat pertama kalinya pameran Hari Malaysia ini diadakan di Arkib Negeri Sabah,” katanya ketika ditemubual di konti SABAHfm, di sini baru-baru ini.

Pengarah Arkib Negeri Sabah, Shirley Sion

Shirley berkata, selain pameran, turut terdapat jualan bazar, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, treasure hunt, program Night at the Archives, pertandingan e-sukan, kuiz dan melukis berkonsepkan tema Malaysia Madani Jiwa Merdeka.

Katanya, selain pameran sejarah secara berterusan, pihaknya turut melaksanakan pendidikan arkib yang mengalu-alukan lawatan daripada pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mengadakan lawatan bagi mendedahkan peranan serta fungsi jabatannya menyimpan khazanah negeri untuk rujukan masa depan.

Turut hadir, Pegawai Arkib, Razali Dait dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah, Dr. Diana Dominic.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular