HomeUtamaTiada murid SK Likas terlibat dengan kebocoran gas disyaki Ammonia

Tiada murid SK Likas terlibat dengan kebocoran gas disyaki Ammonia

Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Tiada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Likas di sini dilaporkan terlibat dengan insiden kebocoran gas disyaki Ammonia yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, hasil pemeriksaan Pasukan Khas bahan kimia berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kawasan sekolah selamat dan terkawal selain tiada sisa radioaktif.

“Petang tadi berlaku insiden kebocoran  gas yang disyaki gas ammonia di SK Likas kira-kira jam 1.30 petang.  

“Bagaimanapun, tiada murid di sekolah berkenaan dilaporkan terlibat dan hanya tiga orang kerani sekolah sahaja yang terlibat.  Kesemua yang terlibat sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini.

Raisin berkata, dua daripada yang terlibat menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) satu dan seorang lagi menerima rawatan di HQE dua.

Katanya, pemeriksaan dari HAZMAT JBPM turut mendapati bacaan udara normal selain tiada kebocoran bahan kimia.

“Selain itu, pihak HAZMAT JBPM turut mendapati ⁠teknikalchill tiada mengalami kebocoran selain mereka turut menasihatkan agar bilik dibiarkan terbuka semalaman,” katanya.

Raisin berkata, sesi pembelajaran dan pengajaran (pdp) di sekolah itu masih beroperasi seperti biasa dan pihak sekolah sentiasa memastikan tahap keselamatan murid sentiasa terjaga. – SABAH MEDIA / FOTO PPD KK

RELATED ARTICLES
Utama

HUMS dijangka mula beroperasi Januari 2026

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular