HomeUtamaBESS terbesar di Asia Tenggara dibina di Lahad Datu

BESS terbesar di Asia Tenggara dibina di Lahad Datu

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan membangunkan infrastruktur Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS)berkapasiti 100 Megawatt (MW) iaitu yang terbesar di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, infrastuktur baharu syarikat utiliti itu yang disasar untuk menambah baik kecekapan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah akan dibangunkan di Lahad Datu.

Katanya, SESB telah menerima Letter of Notification (LoN) daripada Energy  Commission of Sabah (ECoS) bagi melaksanakan projek yang pertama seumpamanya di Sabah.

“Kepercayaan yang diberi oleh pihak ECoS dan Kerajaan Negeri Sabah kepada SESB untuk melaksanakan projek BESS ini akan digalas dengan penuh tanggungjawab dan sepenuh usaha bagi memastikan projek ini berjaya ditenagakan mengikut tempoh yang disasarkan.

“Dengan keupayaan maksima kapasiti simpanan tenaga sebanyak 400MWj, projek ini bakal menjadi sistem BESS terbesar di Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Yaakob berkata, projek itu kelak akan meningkatkan kapasiti rizab margin Grid Sabah pada masa puncak serta menyokong penambahan kapasiti sumber tenaga solar berskala besar (LSS).

Katanya, pembinaan infrastuktur BESS itu dijadual akan bermula pada September tahun ini dan dijadualkan siap pada 30 Jun 2025.

Dalam pada itu, Mohd Yaakob berkata, minggu lalu pihaknya telah mengadakan lawatan ke Pencawang Masuk Utama (PMU) Dam Road, Lahad Datu bagi meninjau projek menaiktaraf PMU Jalan Dam Lahad Datu kepada voltan 275kV yang mana pencawang ini akan menjadi titik suntikan kepada BESS tersebut.

“Projek ini akan dapat meningkatkan kestabilan kapasiti penjanaan di Grid Sabah, disamping menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan meningkatkan potensi kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MADIUS TANGAU

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular