HomeUtamaKadar residivis di Sabah kekal 12 peratus

Kadar residivis di Sabah kekal 12 peratus

Read Time:1 Minute, 10 Second

Lahad Datu: Kadar residivis atau jenayah berulang oleh bekas banduan di Sabah kekal mencatatkan 12 peratus.

Pengarah Penjara Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Nora Musa berkata, peratusan tersebut masih lagi dibawah paras antarabangsa yang ditetapkan iaitu 20 peratus.

Katanya, ia menunjukkan pemulihan dalam komuniti dilihat berkesan dalam membantu bekas banduan kembali kepada masyarakat.

“Kejayaan Pemulihan Dalam Komuniti disokong oleh Program Reintegrasi dan Resettelment yang dilakukan oleh Jabatan Penjara bagi memastikan banduan tersebut dapat memulakan kehidupan baru.

“Keberkesanan Pemulihan Dalam Komuniti menampakkan hasil apabila residivis di Sabah dapat dikurangkan sebanyak 0.24 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Perasmian Kompleks Penjara Lahad Datu yang dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Jelas Nora, pembukaan Penjara Lahad Datu adalah merupakan institusi ketujuh di negeri Sabah dan yang tercanggih kerana menggunakan Sistem Kawalan Elektronik Bersepadu (SKEB).

“Penjara Lahad Datu diwartakan sebagai Pusat Pemulihan Khas dimana akan menempatkan pesalah-pesalah yang ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

“Sebelum ini pesalah-pesalah POCA di Sabah akan dihantar ke semenanjung untuk ditahan di Simpang Renggam, Machang atau Batu Gajah.

“Pewartaan tersebut dapat menjimatkan kos kerajaan membawa pesalah untuk dihantar ke negeri lain selain membawa mereka menghadiri perbicaraan dan menghantar semula apabila bebas kelak,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sistem keselamatan di Penjara Kota Kinabalu, Wanita, Tawau, Sandakan dan Henry Gurney di Keningau turut dinaik taraf menggunakan sistem elektronik bersepadu.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular