HomeSukanKejayaan atlet Paralimpik di Paris diharap dapat suntik semangat buat atlet Sabah

Kejayaan atlet Paralimpik di Paris diharap dapat suntik semangat buat atlet Sabah

Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kejayaan atlet Paralimpik Eddy Bernard yang berjaya memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan Paralimpik di Paris baru-baru ini diharap dapat menyuntik semangat buat atlet lain khususnya di negeri ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata, selain Eddy, dua lagi wakil Sabah Jonathan Wong Kar Gee  dan Mohd Amin Burhanuddin ke temasya itu juga amat membanggakan buat rakyat negeri ini.

“Alhamdulillah, ini adalah sejarah pertama kalinya atlet para Sabah yang menang membawa pingat daripada sukan Paralimpik.  Ini pertama kali dalam sejarah untuk negeri ini kita membawa pingat, atlet daripada Sabah.

“Sudah tentu kita sebagai rakyat Sabah memang begitu bangga dan juga Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) turut menyampaikan rasa bangga dan juga begitu banggalah dengan pencapaian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut ketibaan Eddy dan Mohd Amin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini pagi tadi.

Para temasya Paralimpik lalu, Eddy dan Jonathan masing mewakili negara dalam acara 100 meter (T44) dan lompat jauh lelaki (T12).

Manakala Mohd Amin mewakili negara dalam acara badminton (SL4).

Fairuz berkata, kejayaan Eddy dan dua lagi atlet Para itu turut mendapat ucapan tahniah daripada Istana Seri Kinabalu.

“Kita turut dihubungi oleh pihak Istana (Seri Kinabalu) sendiri melalui pegawai Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar (Mahiruddin), mereka turut mengucapkan tahniah. 

“Kita turut memaklumkan kepada pihak istana bahawa saudara Eddy da Mohd Amin telah selamat tiba pagi tadi di Kota Kinabalu,” katanya.

Fairuz turut berharap agar Eddy dan Mohd Amin terus bermain dalam acara diwakili bagi mewakili negara para temasya sukan diperingkat antarabangsa yang lain.

“Jadi, kita mengharapkan mereka terus sukses dan mengharapkan juga mereka ini menjadi semangat kepada atlet-atlet Sabahan dan lain-lain. Baik daripada para ataupun sukan yang normal, ” katanya. 

Sementara itu, Eddy ketika ditemui mengakui mahu menjadikan motivasi meraih pingat gangsa itu sebagai pembakar semangat untuk menukar warna pingat kepada emas pada temasya akan datang.

“Untuk motivasi sekarang, saya sasar untuk ‘upgrafe’ lagi pingat ini kepada warna lain, sekarang gangsa sudah tentu mahu Perak atau Emas, sudah tentu Emaslah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO FB FAIRUZ RENDDAN

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Sabah FC waspada bertemu pasukan bekas ‘Ketua Kampung...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular