HomeUtamaTaman Perdana Tanjung Aru diarah tutup operasi - DBKK

Taman Perdana Tanjung Aru diarah tutup operasi – DBKK

Read Time:35 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengeluarkan notis pemakluman kepada pengusaha Taman Perdana Tanjung Aru di sini agar menutup operasi taman tersebut serta-merta.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, ia adalah susulan insiden serangan memerang terhadap orang awam yang sedang melakukan aktiviti joging di taman itu pagi tadi 

Katanya, langkah penutupan itu diambil bagi menjamin keselamatan pengunjung selain memberi laluan kepada DBKK dan pihak berkaitan menjalankan siasatan lanjut.

“DBKK memandang serius insiden ini dan bertindak segera dengan mengarahkan penutupan Taman Perdana Tanjung Aru bagi mengelakkan sebarang insiden lain yang tidak diingini.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan penutupan ini bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular