HomeUtamaAnwar Pengerusikan Mesyuarat MTPMA63 Di Sabah

Anwar Pengerusikan Mesyuarat MTPMA63 Di Sabah

Read Time:36 Second

KOTA KINABALU — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1/2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Ketibaan Anwar pada 2.28 petang diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya; ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, serta beberapa barisan Kabinet Persekutuan, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak, dan ahli majlis yang lain.

RELATED ARTICLES
Utama

Speaker DUN disaran beri ruang pelajar IPT kenali institusi Parlimen, DUN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular