HomeUtamaPeruntukkan khas interim naik kepada RM600 juta tahun depan

Peruntukkan khas interim naik kepada RM600 juta tahun depan

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Peruntukkan khas interim kepada Sabah dan Sarawak akan dinaikkan kepada RM600 juta pada tahun hadapan berbanding RM300 juta pada tahun ini. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peruntukkan itu adalah sepertimana diperuntukkan dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pada mesyuarat tadi, Perdana Menteri dalam ucapan aluannya ada menyatakan berhubung perkara 112D iaitu peruntukkan khas untuk Sabah dan Sarawak dimana tahun lalu sudah diumumkan sebanyak RM300 juta untuk setiap negeri (Sabah dan Sarawak).

“Kalau ikut interim ini ianya akan disemak setiap lima tahun tapi tadi Perdana Menteri putuskan untuk menaikkan kadar interim ini daripada RM300 juta kepada RM600 juta untuk setiap negeri, makna sekali ganda kenaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama pada mesyuarat itu Premier Sarawak Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari  Tun Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Fadillah berkata, kenaikkan pembayaran interim itu diumumkan lebih awal sebelum pembentang Bajet 2025. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Speaker DUN disaran beri ruang pelajar IPT kenali institusi Parlimen, DUN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular