HomeIsu tempatanSeekor Buaya ditembak mati selepas baham pekerja ladang di Lahad Datu

Seekor Buaya ditembak mati selepas baham pekerja ladang di Lahad Datu

Read Time:35 Second

LAHAD DATU – Seorang pekerja ladang maut dibaham buaya di Sungai Matamba, Jalan Silabukan, Lahad Datu, pagi tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday, berkata setibanya pasukan penyelamat, reptilia itu masih kelihatan di kawasan sungai kira-kira 50m dari lokasi mangsa disambar.

Anggota Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah melepaskan lima das tembakan ke arah buaya berkenaan. Selepas kematian buaya itu disahkan, pasukan bomba turun ke sungai untuk mengambil mangsa, katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala buaya sepanjang 4.6m itu diserahkan kepada JHL.

Terdahulu, warga Indonesia berusia 45 tahun, Rusdi Tambah dikatakan sedang memancing di tepi sungai itu sebelum disambar buaya.

RELATED ARTICLES
Utama

Speaker DUN disaran beri ruang pelajar IPT kenali institusi Parlimen, DUN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular