HomeUtamaEksklusif : Bapa serangan memerang ucap terima kasih kepada pasangan suami isteri,...

Eksklusif : Bapa serangan memerang ucap terima kasih kepada pasangan suami isteri, orang ramai bantu anaknya

Read Time:2 Minute, 43 Second

Oleh : SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : “Semua ini diluar kawalan, namun kami sangat berterima kasih kepada pasangan suami isteri yang pantas membantu menyelamatkan anak saya dari serangan memerang, ” kata Dato Harun Ismail.

Harun yang juga bapa kepada mangsa serangan memerang di Taman Perdana Tanjung Aru Rabu lalu itu berkata, anaknya kini masih mendapat rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1.

Beliau turut mengakui amat kecewa dengan insiden serangan memerang itu namun tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak terhadap kejadian berkenaan.

“Pertamanya saya ucap terima kasih kerana diberi peluang memberikan sedikit pencerahan dengan apa yang berlaku di Taman Perdana Tanjung Aru baru-baru ini dimana anak saya terlibat dengan insiden serangan hidupan liar memerang ini.

Harun ketika ditemui dipejabatnya

“Berdasarkan apa yang diceritakan oleh anak perempuan saya yang pada ketika itu tengah berjoging lebih kurang jam 6.15 pagi sebelum diserang beberapa minit kemudian, dia merasakan seperti ada kucing yang keluar dari parit dan terus menggigit dibelakang kakinya.

“Berikutan itu, dia cuba untuk menyelamatkan diri sebelum ada lagi sembilan ekor memerang menyerang dia dan dia terbaring selepas itu. Beberapa  kecederaan terkena pada anggota badan anak saya.

“Bagaimanapun, keadaan anak saya akan lebih teruk jika tidak ada orang membantu beliau. Kebetulan pada masa itu ada sepasang suami isteri juga berjoging dibelakang anak saya dan merekalah segera membantu namun mereka juga turut diserang,” katanya ketika ditemui Sabah Media di pejabatnya di sini hari ini.

Harun berkata, berikutan daripada serangan itu, kesemua mangsa termasuk anaknya telah dibawa ke HQE 1 selepas pihak keselamatan taman berkenaan menghubungi pihak hospital.

Beliau turut berpeluang bertemu pasangan suami isteri daripada Tambunan itu di HQE 1 untuk mendengar situasi sebenar selain mengucapkan terima kasih atas bantuan diberikan.

“Semalam saya ada peluang dapat bertemu dengan mereka yang membantu anak saya selain ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka dan saya juga mahu mengetahui cerita sebab mereka yang nampak dari belakang.  

“Jadi memang betullah kalau mengikut penceritaan daripada kedua-dua suami isteri ini,  begitulah lebih kurang konsisten dengan penceritaan anak saya.  Selepas anak saya diserang, mereka turut terpanggil untuk membantu meskipun tanpa sebarang alat.

“Tapi ini memang semua diluar kawalan dan sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pasangan suami isteri itu, jika mereka tiada sudah tentu keadaan anak saya akan lebih teruk,” katanya.

Dalam pada itu, Harun turut menasihatkan agar semua pihak belajar daripada insiden yang berlaku khususnya melibatkan hidupan liar.

“Kalau kita lihat, haiwan  ini tidaklah ganas tapi saya punya nasihatlah kepada semua pihak, lihat apa yang berlaku kepada anak saya, saya cuma mahu pihak berkaitan dan orang ramai belajar dari sini jangan anggap yang haiwan yang kita anggap jinak dan sebagainya ini tidak akan melakukan sesuatu yang di luar jangka.

“Jadi ini satu contoh yang terbaik yang tanpa provokasi tanpa mengganggu dia punya habitat kemungkinan habitatnya di parit itu kita pun tidak tahu tapi mungkin dia terasa terganggu pasal ada orang berjoging masa itu tapi bukan disengajakan tapi mereka terganggulah,” katanya.

Rabu lalu sekumpulan memerang telah menyerang tiga individu yang sedang melakukan aktiviti riadah berjoging di Taman Perdana Tanjung Aru.

Berikutan itu, ketiga-tiga mangsa telah mendapat rawatan lanjut di HQE 1 dan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) segera mengarahkan operasi taman berkenaan ditutup serta merta untuk siasatan lanjut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular