HomeUtamaPengaruh media sosial berpotensi hakis semangat patriotik, jiwa merdeka dalam kalangan anak...

Pengaruh media sosial berpotensi hakis semangat patriotik, jiwa merdeka dalam kalangan anak muda

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Pengaruh media sosial yang kini terus berleluasa selain semakin pesat membangun dilihat berpotensi untuk menghakis semangat patriotik dan jiwa merdeka dalam kalangan anak muda.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata ia menjadi satu cabaran guru pada masa kini untuk mendidik generasi muda agar tidak melupakan sejarah perjuangan tokoh dahulu serta maksud jiwa Merdeka melalui pendidikan holistik. 

Katanya, aktiviti sambutan Bulan Kebangsaan di sekolah merupakan satu usaha bagi melahirkan generasi muda dengan elemen kemampanan, kesejahteraan, dan kelakuan dalam kehidupan seharian. 

“Kalau kita lihat program sebegini adalah sangat penting diadakan di seluruh sekolah, bukan hanya disini tapi diseluruh sekolah lain.

“Ini kerana, disinilah kita dapat memupuk semangat perpaduan, kebersatuan di dalam kalangan pelajar kerana kalau kita lihat dalam konteks kemerdekaan ini sangat penting khususnya dalam mengutamakan perpaduan, jadi konsep inilah perlu diadakan di peringkat sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan di sini hari ini.

Mohammad Arif  berkata, ibubapa juga perlu sentiasa bersama dengan pihak sekolah untuk mendidik dan membimbing anak mereka untuk menyemai semangat kemerdekaan. 

“Semoga dengan adanya program dan aktiviti seperti ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada semua khususnya para murid.

“Generasi madani diharapkan  dapat mencerminkan prinsip keadilan, kesejahteraan dan perpaduan sosial supaya generasi muda ini lebih bertanggungjawab dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Dalam majlis itu, Bank Rakyat Berhad turut menyumbang zakat kepada lebih murid berkeperluan. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

TPNS luluskan peruntukan RM8.5 juta bantu pelajar Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular