HomeUtamaTun Juhar hadir majlis tahlil, doa selamat bersama 1,000 jemaah

Tun Juhar hadir majlis tahlil, doa selamat bersama 1,000 jemaah

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu:  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyertai kira-kira 1,000 jemaah pada Majlis Tahlil bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1446H dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024 di sini.

Pada majlis itu, Tun Juhar diiringi Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang.

Dalam majlis tersebut, bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Imam Masjid Negeri Suhaidi Kuanting manakala, bacaan doa selamat dipimpin oleh Timbalan Mufti, Datuk Abdul Manap Lakariba.

Majlis diikuti dengan khutbah Jumaat bertajuk, ‘Rasulullah SAW Pelopor Pembentukan Masyarakat Madani Jiwa Merdeka’ oleh Manap sebelum solat Jumaat serta solat sunat hajat yang diimamkan oleh Suhaidi.

RELATED ARTICLES
Utama

JPJ Sabah terima lima unit kenderaan operasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular