HomeUtamaKenaikan peruntukan khas interim diharap dapat perkasa pembangunan pendidikan Sabah

Kenaikan peruntukan khas interim diharap dapat perkasa pembangunan pendidikan Sabah

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Peruntukkan khas interim yang dinaikkan kepada RM600 juta khususnya kepada negeri Sabah pada tahun hadapan diharap dapat memperkasakan lagi pembangunan pendidikan di negeri ini.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, pembangunan pendidikan di negeri ini perlu diberi keutamaan terutama sekali masalah sekolah daif.

“Sabah agak banyak jugalah sekolah-sekolah yang memerlukan pembinaan baharu selain memerlukan penyelenggaraan.

“Ini pentingnya bila ada peruntukkan, maka dapatlah sekolah terlibat diselenggarakan dengan lebih cepat dan teratur. Ini juga adalah bagi memberi keselesaan kepada para pelajar agar dapat menumpukan pembelajaran dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan di sini semalam.

Khamis lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam sidang medianya berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menaikkan peruntukkan khas interim kepada Sabah dan Sarawak kepada RM600 juta pada tahun hadapan berbanding RM300 juta pada tahun ini.

Katanya, peruntukkan itu adalah sepertimana diperuntukkan dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kenaikan peruntukkan itu diumumkan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular