HomeUtamaKerajaan Sabah Mulakan Skim Pemeriksaan Kesihatan Percuma Kepada Penduduk Luar Bandar

Kerajaan Sabah Mulakan Skim Pemeriksaan Kesihatan Percuma Kepada Penduduk Luar Bandar

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Belud — Rakyat di luar Bandar kini berpeluang untuk melakukan pemeriksaan Kesihatan secara percuma melalui skim Pemeriksaan Kesihatan Percuma Rakyat Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata program ini merupakan inisiatif di bawah Sabah Maju Jaya ( SMJ) yang diilhamkan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya program ini dilakukan secara percuma dan sasarannya adalah kepada rakyat di luar bandar ini.

Tambahnya lagi program ini turut akan diperluaskan ke Seluruh Wilayah Sabah, tetapi untuk permulaan kita jalankan di 10 buah daerah dahulu dan kemudiannya diperluaskan ke daerah-daerah lain katanya ketika ditemui di Program berkenaan di Dun Tempasuk, Kota Belud Sabah hari ini.

Menurut James lagi, progam yang dijalankan di bawah kementeriannya hari ini kita turut disertai  satu van bergerak yang  dibawa ke kawasan yang memerlukan perkhidmatan ini

“ Program di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraaan Rakyat (KPMKR) ini dijalankan dengan Kerjasama satu Syarikat Swasta iaitu Borneo Sinar Mas”

“  Ini adalah satu tanggungjawab Kerajaan untuk memberikan pemeriksaan Kesihatan kepada rakyat agar mereka dapat tahu lebih awal sekiranya mereka ini mendapat  penyakit ataupun simptom-simptomnya dan mereka boleh mendapatkan rawatan yang lebih awal.

Tambahnya untuk peringkat awal sebanyak 10 daerah akan dijadikan program rintis sebelum diperluaskan ke daerah-daerah lain.

“ 10 daerah ini termasuk di Pantai Timur Sandakan, beluran, di Kota Belud, Tuaran, Nabawan dan beberapa Daerah lagi yang diberi tumpuan terutamanya di kawasan luar bandar”

“ Pemeriksaan ini akan dibuat sehingga hujung tahun ini dan akan disambung ke tahun depan kerana ianya adalah program Kerajaan secara percuma untuk rakyat. “

Tambahnya  Melalui Van Makmal bergerak ini, Keputusan pemeriksaan boleh didapati di dalam tempoh masa 2 jam untuk mengetahui apakah penyakitnya dan penduduk di luar bandar ini jarang mendapat kesedaran untuk melakukan pemeriksaan Kesihatan.

Jadi dengan adanya program seperti ini, mereka akan tahu tahap Kesihatan mereka, dan mereka boleh mencegahnya dan kita turut boleh menggalakkan mereka untuk mendapatkan rawatan lanjut di klinik-klini Kesihatan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan awal katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular