HomeUtamaKota Belud Akan Digegarkan Dengan Penganjuran Tamu Besar Bertaraf Nasional Oktober nanti ...

Kota Belud Akan Digegarkan Dengan Penganjuran Tamu Besar Bertaraf Nasional Oktober nanti  – Arsad

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA BELUD – Kemeriahan Pasar Tamu terbesar dan tertua di Sabah, iaitu Pasar Tamu Kota Belud kali ini akan dianjurkan pada skala besar dan bertaraf Nasional.

Berkongsikan perkara ini, Adun Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari berkata  seluruh Malaysia mengetahui bahawa Tamu Besar Kota Belud ini merupakan tamu yang tertua Di Sabah di mana ianya sudah mencecah 100 tahun.

Dan untuk edisi kali ini, penganjurannya akan di lakukan bertaraf Nasional di mana ianya turut melibatkan Kementerian Pelancongan  Malaysia ( MOTAC) dan Kementerian Pelancongan Sabah (kepkas).

Jadi saya mengharapkan satu pasukan yang mantap bagi menjayakan program tamu besar tahun 2024 ini katanya ketika ditemui di program Pemeriksaan Kesihatan Percuma Rakyat Sabah, di Kampung Taun Gusi Semalam.

Katanya Tamu besar ini tidak dianjurkan 2 tahun kebelakangan ini. Ianya dianjurkan pada tahun 2021 dan 2022, namun terhenti pada tahun 2023 kerana terdapat kekangan.

Jadi untuk tahun ini, kita akan jayakan program tamu besar ini bersama Masyarakat di peringkat Nasional.

Tambah Arsad  lagi Untuk tahun 2024 ini Saya minta semua kepimpinan masyarakat setempat untuk  menjayakan tamu besar 2024 di mana ianya dilakukan di mana sambutannya kita lakukan  di peringkat Nasional.

Program ini mungkin dihadiri tetamu vvip kita, di mana insyallah pada 18 haribulan nanti saya akan lakukan kunjungan hormat ke istana untuk menjemput Tuan Yang Terutama, (TYT) untuk hadir bersama pada 26 oktober nanti.

“ Tamu besar ini sebenarnya sudah ada di dalam kalender tahunan yang mana ianya dianjurkan pada 25,26 dan 27 Oktober”

“ Jadi untuk tahun 2024 ini kita mungkin kita anjurkan tamu besar ini pada skala kecil bermula awal oktober itu  dan  kita akan berbincang dengan agensi serta jabatan yang berkaitan iaitu di dalam bulan 10 itu nanti, kita menganjurkan program berskala kecil sehinggalah Tarikh besar tamu besar itu dilakukan iaitu 25-27 Okteber nanti.

Dan mungkin ada hadiah utama buat pengunjung yang bertuah yang sedang kita usahakan, di mana ada satu NGO yang menganjurkan hadiah utama ini iaitu sebuah kereta dan hadiah-hadiah tertentu yang akan dimaklumkan kemudian katanya

Untuk rekod Pasar Tamu Kota Belud bukan hanya tempat untuk berdagang, tetapi juga menjadi pusat pertemuan sosial bagi masyarakat sekitar.

Ianya juga merupakan pusat penjualan barang-barangan tempatan yang penuh dengan kesenian serta menjual berbagai produk, termasuk hasil pertanian, kraftangan, makanan tradisional, serta barang-barang lain lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular