HomeUtamaMajlis Ihtifal KAFA bantu tingkat keyakinan dan kemahiran pelajar

Majlis Ihtifal KAFA bantu tingkat keyakinan dan kemahiran pelajar

Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Majlis Ihtifal Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berupaya menampilkan bakat serta kemahiran Tilawah dan Hafazan Al Quran, bercerita sirah nabi, penulisan khat dan jawi serta nasyid peringkat kelas sehingga Kebangsaan dalam kalangan pelajar KAFA.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, program seumpama itu memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana sebenar di luar kelas yang membolehkan pelajar-pelajar berani dan berkeyakinan, bersaing menggilap potensi yang dimiliki. 

“Bahkan menjadi satu kebanggaan buat kita melihat keterampilan dan kemampuan anak-anak sebagai pelapis masa depan.  Seperti mana yang kita sedia maklum, cabaran pada zaman ini amat berbeza dengan zaman kita dahulu.

“Anak-anak kita harini terdedah dengan pelbagai perkara, khususnya teknologi media baharu. Jika diperhatikan terlalu banyak bahan-bahan negatif di media sosial yang begitu mudah diakses, tidak kurang juga wujudnya ajaran-ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar tersebar di internet dengan pantas.

“Hal ini sedikit sebanyak telah menghakis adab dan sahsiah dikalangan anak-anak kita, sekiranya anak-anak ini tidak dibekalkan dengan iman, takwa, ilmu dan juga adab sudah pastilah anak-anak ini akan terjerumus kepada pemikiran yang menyeleweng dan terjebak kepada perkara dosa, maksiat serta keruntuhan akhlak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada merasmikan Penutupan Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Sabah 2024 di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini semalam.

Ruslan berkata, dalam merealisasikan modal insan yang gemilang, pembentukan sahsiah unggul dalam diri setiap individu tanpa mengira keturunan dan bangsa amat penting.

Katanya, ia adalah bagi memastikan kehidupan masyarakat berada dalam kedaan yang stabil dari semua aspek terutama akhlak dah sahsiah individu.

“Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menggariskan dasar Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui teras kedua Model Insan dan Kesejahteraan Rakyat. Seiring dengan matlamat pendidikan negara dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi inteklek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 

“Nilai modal insan inilah yang akan mencorakkan kepimpinan masa akan datang ke arah mencapai hasrat Kerajaan melalui Sabah Maju Jaya (SMJ). Tanpa adanya generasi yang berkualiti, sesebuah masyarakat bahkan negara akan lemah dan keterbelakang dalam arus perdana,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular