HomeUtamaSambutan Hari Malaysia esok bakal jadi sejarah istimewa kepada orang ramai

Sambutan Hari Malaysia esok bakal jadi sejarah istimewa kepada orang ramai

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Sambutan Hari Malaysia 2024 yang akan berlangsung di Padang Merdeka di sini esok akan menjadi satu sejarah yang istimewa kepada orang ramai.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, raptai penuh yang diadakan semalam dilihat berjalan lancar namun beberapa aspek sedang ditambah baik termasuk aspek teknikal.

“Setelah menyaksikan kita merasakan sambutan ini akan jadi cukup istimewa, tapi ada beberapa aspek yang kita minta setelah dimainkan sepenuhnya seperti pada malam yang sepatutnya.

“Kita nampak ada beberapa perkara boleh kita tambah baik dan ada aspek-aspek teknikal yang saya rasa kita telah menerima maklum balas terutama dari para peserta. Dan seperti isu audio, ada beberapa isu tapi saya percaya dengan pasukan kita akan dapat tanganinya dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di sini malam tadi.

Fahmi turut berharap agar keadaan cuaca menyebelahi sambutan itu esok.

“Kita doakan semua berjalan dengan baik, memang semalam (Jumaat) antara sebab kenapa raptai teknikal tidak dapat diadakan pukul 8 kita sampai ke tapak 8.05 ribut.

“Tapi InsyaAllah semalam sudah okey kita harap dalam hari-hari yang akan datang cuaca menyebelahi kita InsyaAllah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular