HomeUtamaBRICS - Penyertaan Malaysia Untuk Kesejahteraan Rakyat

BRICS – Penyertaan Malaysia Untuk Kesejahteraan Rakyat

Read Time:5 Minute, 35 Second

Oleh – Wan Azrain Adnan

1.        Baru-baru ini, National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM) telah memuji keputusan Kerajaan Malaysia untuk menyertai blok ekonomi BRICS.

2.        Menurut NCCIM, penyertaan Malaysia ke dalam blok ekonomi BRICS boleh mempelbagaikan diplomasi ekonomi negara, serta membawa manfaat pemindahan teknologi dan perkongsian pengetahuan untuk kemajuan bersama.

3.        Pada Jun 2024, Perdana Menteri Malaysia telah memaklumkan bahawa Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai BRICS. Seterusnya, pada Julai 2024, Perdana Menteri Malaysia telah memaklumkan bahawa Malaysia telah menghantar surat permohonan untuk menyertai BRICS kepada Russia selaku Pengerusi BRICS.

4.        Fakta menarik. Pada tahun 2009, BRICS telah di tubuhkan sebagai satu platform kerjasama ekonomi bagi negara-negara yang pesat membangun. Pada awalnya, BRICS melibatkan lima negara: Brazil (B), Russia (R), India (I), China (C) dan South Afrika (S).

5.        Kini, keanggotaan BRICS telah berkembang menjadi sepuluh negara, dan melibatkan Mesir, Ethiopia, Iran, United Arab Emirates (UAE) dan Arab Saudi.

Di samping itu, Turkiye di laporkan telah mengemukakan permohonan untuk menyertai BRICS.

6.        Di rantau ASEAN, selain Malaysia, Thailand juga telah mengemukakan permohonan untuk menyertai BRICS pada Jun 2024. Negara-negara ASEAN yang lain seperti Laos, Cambodia, Myanmar dan Vietnam di katakan turut berminat untuk menyertai BRICS.

7.        Kesungguhan Malaysia untuk menyertai BRICS jelas dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke negara-negara BRICS untuk mendapatkan sokongan kepada permohonan Malaysia menyertai BRICS.

Manakala, pada November 2024, Perdana Menteri Malaysia di jangka akan mengadakan lawatan rasmi ke Brazil pula.

NegaraLawatan PM Malaysia
ChinaMac 2023
IndiaOgos 2024
RussiaSeptember 2024

8.        Menurut Perdana Menteri Malaysia, ketika ini tiada negara yang menghalang penyertaan Malaysia ke dalam BRICS. Malah, negara-negara utama BRICS, iaitu – Brazil, Russia, India, China dan South Africa, telah memaklumkan akan memberi sokongan kepada permohonan Malaysia menyertai BRICS.

9.        Apakah keistimewaan BRICS yang telah menarik minat Malaysia?

10.      Secara ringkasnya, tiga keistimewaan utama BRICS adalah:

  • Nilai ekonomi: Menurut data Bank Dunia, ekonomi negara-negara BRICS bernilai USD$ 28.5 trillion (~ RM 120 trillion). Jumlah ini merangkumi sekitar 28% ekonomi dunia.

Pada masa yang sama, negara-negara BRICS menghasilkan kira-kira 44% minyak mentah dunia.

  • Saiz pasaran: Jumlah penduduk negara-negara BRICS adalah 3.5 billion, iaitu sekitar 45% jumlah penduduk dunia.

Ini adalah saiz pasaran yang sangat besar dan meluas.

  • Dana kewangan: Pada tahun 2014, BRICS telah menubuhkan New Development Bank (NDB) sebagai sebuah institusi kewangan untuk membiayai pembangunan infrastruktur. NDB di tubuhkan sebagai ‘alternatif’ kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia untuk negara-negara membangun.

NDB telah menyediakan dana untuk projek pembangunan infrastruktur seperti jalanraya, keretapi, jambatan dan bekalan air.

11.      Tambahan lagi, selain di kenali sebagai superpower ekonomi, negara-negara BRICS turut di kenali sebagai superpower politik dan ketenteraan. Kombinasi ini memberikan BRICS suara yang gagah dan penting di pentas global, serta mampu mempengaruhi agenda ekonomi, politik dan sosial dunia.

12.      Justeru itu, keistimewaan BRICS berkenaan menjadi tarikan kepada Malaysia. Sebagai sebuah negara dagang/ trading nation, Malaysia mesti menjalin kerjasama erat dengan negara-negara dunia untuk memastikan jumlah dan nilai dagangan negara terus meningkat serta berkembang.

Di samping itu juga, Malaysia terus gigih untuk menarik pelaburan asing ke dalam negara sebagai pemangkin pembangunan ekonomi.

13.      Menurut laporan Perangkaan Muktamad Perdagangan Luar Negeri 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah perdagangan negara pada tahun 2023 adalah bernilai RM 2.6 trillion.

Jumlah PerdaganganJumlah EksportJumlah Import
RM 2.6 trillionRM 1.4 trillionRM 1.2 trillion

14.      Malah, dalam tempoh masa lebih 3 dekad (1990 – 2023), jumlah perdagangan negara telah meningkat berlipat kali ganda.

15.      Jumlah perdagangan berkenaan di pacu oleh peningkatan eksport dan import negara dalam tempoh masa lebih 3 dekad tersebut (1990 – 2023).

16.      Menurut data sediada, negara-negara BRICS adalah antara rakan dagang utama negara, terutamanya China dan India.

17.      Sebagai contoh. China merupakan rakan dagang terbesar negara sejak 2009. Pada tahun 2023, eksport ke China berjumlah RM 191.9 billion, iaitu 13.5% daripada jumlah keseluruhan eksport negara.

Manakala, jumlah import negara dari China pula berjumlah RM 258.1 billion, iaitu 21.3% dari jumlah keseluruhan import negara.

18.      Seterusnya, nilai dagangan dengan negara-negara BRICS yang lain juga besar.

NegaraNilai Dagangan (2023)
IndiaRM 72.31 billion
BrazilRM 17.46 billion
RussiaRM 14.22 billion

19.      Malah, Brazil merupakan rakan dagang Malaysia ke-2 terbesar di rantau Amerika Latin. Syarikat-syarikat Malaysia juga telah membuat pelaburan besar di Brazil di dalam industri minyak dan gas.

Sebagai contoh. PETRONAS telah membuat pelaburan berjumlah RM 22.93 billion di Brazil. Pada Jun 2024, PETRONAS telah membuka stesen minyak pertama-nya di Brazil.

20.      Selain itu, India dan China juga merupakan pengimport terbesar salah satu komoditi utama negara, iaitu minyak sawit. Menurut laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pada tahun 2023, daripada jumlah keseluruhan eksport minyak sawit negara 15.13 juta tan, hampir 30% adalah eksport ke India dan China.

India merupakan pengimport utama minyak sawit negara untuk 10 tahun berturut-turut sejak 2014.

Negara PengimportJumlah Import Peratusan
India2.84 juta tan18.8 %
China1.47 juta tan9.7 %
Kesatuan Eropah1.07 juta tan7.1 %
Kenya0.92 juta tan6.1 %
Turkiye0.88 juta tan5.8 %

21.      Pada masa yang sama, Malaysia turut bergantung kepada pelaburan asing/ foreign direct investment (FDI) untuk menjana pembangunan ekonomi. Pelaburan asing yang besar dapat merancakkan aktiviti ekonomi serta menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

22.      Menurut laporan Malaysian Investment Development Authority (MIDA), pada tahun 2023, Malaysia telah menerima FDI sebanyak RM 188.4 billion, merangkumi 57.2% daripada keseluruhan pelaburan di dalam negara (RM 329.5 billion).

23.      Laporan MIDA menunjukkan China sebagai antara pelabur utama negara, dengan pelaburan berjumlah RM 14.5 billion.

24.      Ketika ini, negara-negara BRICS yang lain masih kurang melabur di Malaysia. Oleh itu, penyertaan Malaysia ke dalam BRICS boleh membuka ruang untuk jumlah pelaburan yang lebih besar dari kalangan negara BRICS.

25.      Malaysia sudah pun mempunyai hubungan ekonomi yang kukuh dengan negara-negara utama BRICS, melibatkan nilai dagangan dan pelaburan yang begitu besar.

26.      Maka, penyertaan Malaysia ke dalam BRICS mampu melonjakkan hubungan ekonomi tersebut ke tahap yang lebih mendalam dan meluas. Ini sudah pasti dapat meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Dan juga boleh meningkatkan pelaburan serta penglibatan syarikat Malaysia di luar negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular