HomeUtamaDr Amin, Azizah dinobat penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Sabah 2024

Dr Amin, Azizah dinobat penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Sabah 2024

Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Amin Senin dan Bekas Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Azizah Mohd Dun masing-masing diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kategori lelaki dan wanita sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah 1446H/2024M.

Anugerah tokoh Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Sambutan itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Dr Amin merupakan seorang tokoh pendidikan yang telah berkhidmat selama 35 tahun dan bermula sebagai jawatan guru biasa, pengetua, ketua pegawai pendidikan dan timbalan pengarah di beberapa bahagian di kementerian serta institusi pendidikan guru Malaysia.

Kecemerlangan beliau terserlah apabila beliau terlibat aktif dalam pelbagai platform pendidikan dalam dan luar negara yang membolehkan beliau dinobatkan sebagai penerima anugerah Global Award For Excellence In Education Leadership and Teaching di negara India pada 4 Julai 2019.

Beliau ketika ditemui menganggap anugerah itu adalah sebagai satu penghormatan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada bidang pendidikan dan guru di seluruh negeri Sabah.

“Saya merasakan bahawa anugerah ini adalah mewakili penghargaan Kerajaan negeri kepada semua guru di negeri ini.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas penghargaan ini dan saya rasa ini akan dapat memberikan inspirasi pada semua warga guru di Sabah untuk memastikan pendidikan di Sabah ini dipertahankan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, Azizah yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan seorang pengamal undang-undang yang memberikan perkhidmatan professional kepada badan-banda perundangan.

Disamping itu, ketokohan beliau dapat dilihat melalui penglibatan aktif dalam badan-badan berkanun dan NGO dengan menyandang pelbagai jawatan.

Ketika ditemui, Azizah melahirkan rasa syukur dengan anugerah yang diberikan dan ianya juga dapat memberi suntikan semangat keluarga dan sahabat yang mengenalinya.

“Mudah-mudahan anugerah ini bukan saja dapat memberi semangat pada saya tetapi kepada semua kaum keluarga, sahabat untuk terus membuat kerja-kerja yang baik khususnya dalam dakwah di negeri Sabah,” katanya.

Dr Amin dan Azizah masing-masing membawa hadiah wang tunai RM20,000; sebnuah jam tangan; piala iringan dan sijil. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular