HomeSukanLiga Super 2024 : Kim Swee belum puas hati pada bahagian serangan

Liga Super 2024 : Kim Swee belum puas hati pada bahagian serangan

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengakui masih belum berpuas hati secara keseluruhan terutama pada bahagian serangan pasukan itu selepas mengikat keputusan seri 1-1 kepada Terengganu FC di Stadium Likas malam tadi.

Katanya, anak buahnya perlu memperbaiki lagi kelemahan itu dan mahu memastikan peluang yang ada tidak disia-siakan.

“Walaupun kita gagal mendapatkan mata penuh, kita tahu pasukan Terengganu merupakan satu pasukan yang cukup baik dan kita mendapatkan satu mata yang amat penting bagi saya walaupun kita tidak dapat tiga mata yang seperti yang kita inginkan.

“Saya masih lagi belum berpuas hati secara keseluruhan daripada segi penyudah dan kita harus perbaiki di mana kita ingin pastikan yang kita tidak mensia-siakan peluang yang begitu banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat perlawanan menentang Terengganu FC di sini semalam.

Bagaimanapun Kim Swee percaya para pemainnya telah memberikan segala usaha terutama selepas lima minggu tanpa perlawanan persahabatan.

“Ini terutamanya apabila para pemain yang kembali daripada kecederaan terutamanya Gabriel, Saddil, Stuart di mana mereka mendapatkan minit permainan yang amat penting.

“Ini harus kita bawa pada perlawanan yang akan datang di mana kita akan bermain dengan pasukan polis,” katanya.

Pada perlawanan semalam, Sabah FC dan Terengganu FC terpaksa akur berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Jaringan tunggal kedua-dua pasukan terhasil pada babak pertama dengan didahului tuan rumah menerusi penyerang baharunya, Joao Pedro Boeura Duarte pada minit kesembilan.

Jaringan penyamaan Terengganu pula dihadiahkan Ismaheel Akinade pada masa tambahan separuh masa pertama untuk meletakkan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Kedudukan itu kemudiannya berlanjutan sehingga tamat 90 minit perlawanan, termasuk empat minit waktu kecederaan diberikan pengadil. – SABAH MEDIA/ FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular