HomePendapatMenanti Hadiah Istimewa Sempena Sambutan Hari Malaysia

Menanti Hadiah Istimewa Sempena Sambutan Hari Malaysia

Read Time:6 Minute, 0 Second

OLEH – Wan Azrain Adnan

1.        Beberapa hari lepas, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Sabah akan menerima Geran Khas Interim sebanyak RM 600 juta setahun dari Kerajaan Malaysia, bermula tahun 2025.

2.        Pengumuman berkenaan di buat oleh Perdana Menteri Malaysia pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu.

3.        Sejurus itu, Ketua Menteri Sabah di laporkan telah menerima baik serta menyatakan penghargaan di atas pengumuman tersebut. Ianya di lihat sebagai langkah sementara/ interim sehingga isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963/ Malaysia Agreement 1963 (MA63) mencapai penyelesaian muktamad.

4.        Pembayaran Geran Khas Interim RM 600 juta berkenaan adalah peningkatan 100% daripada jumlah Geran Khas sebanyak RM 300 juta setahun yang di bayar oleh Kerajaan Malaysia kepada Sabah ketika ini.

5.        Malah, dalam tempoh masa 5 tahun, Geran Khas Tahunan untuk Sabah bakal meningkat lebih 1,000%, dari RM 53.4 juta kepada RM 600 juta.

TahunJumlah Geran Khas Tahunan
Sebelum 2020RM 26.7 juta
2020RM 53.4 juta
2022RM 125.6 juta
2023RM 260 juta
2024RM 300 juta
2025RM 600 juta

6.        Tahniah di ucapkan kepada Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Sabah kerana terus gigih berusaha, komited dan tegas untuk mendapatkan kembali hak rakyat Sabah.

7.        Pengumuman Geran Khas Interim berkenaan adalah seumpama hadiah kepada rakyat Sabah sempena sambutan Hari Malaysia ke-61 pada 16 September 2024.

8.        Namun begitu, sudah pasti ramai rakyat Sabah masih tidak gembira dengan pengumuman berkenaan, memandangkan isu pembayaran Geran Khas Tahunan sudah pun berlanjutan lebih 50 tahun.

9.        Kerajaan Malaysia di laporkan telah tidak membayar sepenuhnya Geran Khas Tahunan kepada Sabah sejak tahun 1973. Ini bermakna hak rakyat Sabah telah di cabuli untuk tempoh yang begitu lama sehingga kini.

Pencabulan hak ini telah menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat Sabah, dan telah memenjarakan ramai rakyat Sabah di dalam roda kemiskinan. 

10.      Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima Geran Khas Tahunan pada kadar dua perlima (40%) daripada hasil yang di perolehi oleh Kerajaan Malaysia dari Sabah.

11.      Ini jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, yang telah di persetujui oleh kepimpinan negara ketika penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

12.      Pada awal Ogos 2024, Perdana Menteri Malaysia memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah menerima hasil sebanyak RM 10.2 billion dari Sabah, di mana lebih 70% adalah kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM 7.2 billion.

13.      Justeru itu, dengan mengguna-pakai angka hasil RM 10.2 billion tersebut, anggaran jumlah Geran Khas Tahunan (40%) yang wajar di terima oleh Sabah dari Kerajaan Malaysia ialah sekitar RM 4.08 billion.

Jumlah ini jauh lebih besar berbanding dengan jumlah geran yang di bayar kepada Sabah setakat ini.

14.      Malah, berbanding dengan Geran Khas Interim RM 600 juta yang baru di umumkan, masih terdapat perbezaan RM 3.4 billion dari anggaran Geran Khas tahunan yang sebenarnya (RM 4.08 billion).

15.      Dengan jumlah RM 3.4 billion berkenaan yang tidak di perolehi oleh Sabah, sudah pasti pelbagai projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat Sabah tidak dapat di laksanakan dan ‘tergendala’.

16.      Sebagai contoh:

PerkaraMaklumat‘Tergendala’
SekolahMenurut rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) 2022, terdapat 1,292 buah sekolah di Sabah: sekolah rendah: 1,071 sekolah menengah: 221Dengan jumlah RM 3.4 billion, setiap sekolah boleh menerima sekitar RM 2.63 juta untuk menambah-baik prasarana dan kelengkapan sekolah, dan juga menjalankan aktiviti pelajar.
PerumahanMenurut Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda), pembinaan satu unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sabah menelan kos sekitar RM 250,000.Dengan jumlah RM 3.4 billion, lebih 13,000 unit rumah PPR dapat di bina untuk rakyat Sabah.  
Bekalan AirMenurut Laporan Ketua Audit Negara 2/2024, di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (2011 – 2015) dan Rancangan Malaysia ke-11 (2016 – 2020), sebanyak 477 projek bekalan air luar bandar di Sabah telah di luluskan, melibatkan peruntukan berjumlah RM 1.735 billion.Dengan jumlah RM 3.4 billion, hampir 1,000 projek bekalan air luar bandar boleh di laksanakan di Sabah, untuk di nikmati oleh ratusan ribu rakyat Sabah.  

17.      Bayangkan berapa banyak projek-projek pembangunan lain seperti jalan-raya, hospital, latihan kemahiran modal insan, keterjaminan makanan, yang ‘tergendala’ akibat kekurangan pembayaran Geran Khas Tahunan kepada Sabah.

18.      Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan sekiranya ramai rakyat Sabah masih belum gembira walaupun jumlah Geran Khas Tahunan bakal di naikkan 100% pada tahun 2025. Umpama big gesture, small amount.

19.      Kerajaan Sabah memiliki visi besar untuk Sabah, sebagaimana di rancang di bawah Pelan Pembangunan Negeri Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 – 2025, yang telah di lancarkan pada Mac 2021. Sehingga kini, pelbagai kejayaan telah di capai, termasuklah: belanjawan lebihan/ surplus budget yang terbesar sejak Merdeka, nilai perdagangan luar negeri yang tertinggi dalam sejarah Sabah.

20.      Di samping itu, antara pencapaian utama Kerajaan Sabah adalah kejayaan menghapuskan insiden miskin tegar di Sabah, sebagaimana yang telah di umumkan oleh Ketua Menteri Sabah pada Ogos 2024.

21.      Untuk sekian lama, Sabah telah merekodkan jumlah insiden miskin tegar dan miskin mutlak yang tertinggi di Malaysia.

22.      Tidak boleh di nafikan jumlah insiden kemiskinan yang tinggi di Sabah, antara lain, di sebabkan oleh hasil kekayaan Sabah yang tidak di pulangkan kepada Sabah menerusi pembayaran sepenuhnya Geran Khas Tahunan.

Inilah hakikatnya!

23.      Jika Geran Khas Tahunan di bayar sepenuhnya, Kerajaan Sabah boleh memiliki dana kewangan yang besar untuk meneruskan kejayaan menghapuskan insiden miskin tegar dengan mengandakan usaha untuk menangani insiden miskin mutlak pula.

Dan juga membantu seluruh rakyat Sabah dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. 

24.      Peningkatan pembayaran Geran Khas sebanyak RM 300 juta kepada RM 600 juta di jangka akan merancakkan aktiviti ekonomi di Sabah, dan pelaksanaan projek-projek yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat Sabah.

25.      Namun begitu, jumlah tersebut masih belum dapat memberi impak besar untuk menyelesaikan pelbagai isu legasi yang masih menghantui rakyat Sabah, dan menjana pembangunan ekonomi yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah yang rata-rata dahagakan kerja yang menawarkan gaji bermaruah.   

26.      Malah, sekiranya, isu pembayaran geran ini berlanjutan, Sabah akan terus ‘kehilangan’ RM 3.4 billion setahun akibat kekurangan bayaran dari anggaran Geran Khas Tahunan yang sebenarnya (RM 4.08 billion).

27.      Justeru itu, rakyat Sabah mengharapkan ada hadiah istimewa untuk Sabah di dalam Belanjawan Malaysia 2025 yang bakal di bentangkan tidak lama lagi. Sekurang-kurangnya, hadiah istimewa berkenaan boleh merawat dukacita rakyat Sabah sementara menanti Geran Khas Tahunan di bayar sepenuhnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular