HomeUtamaAb Jamal terima anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan

Ab Jamal terima anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Ab Jamal Tun Sakaran dinobatkan sebagai penerima anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan anugerah berkenaan pada Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446H/2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di ibu negara semalam.

Ab Jamal yang juga Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima hadiah wang tunai RM30,000, medal dan sijil penghargaan.

Ab Jamal (tiga kiri) bersama penerima anugerah yang lain

Beliau yang banyak melakukan inovasi dakwah khususnya di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya mengangkat potensi masjid menjadi pangkalan ibadah dan pusat ilmu sejak tahun 2011.

Transformasi itu juga melayakkan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat Negeri Sabah dan Kebangsaan.

Beliau adalah pengasas program Al-Mubarak, agenda memperkasakan budaya ilmu dalam komuniti melalui aktiviti masjid diterjemahkan menerusi kejayaan beberapa buah sekolah dan madrasah.

Antaranya sekolah rendah agama Madrasah Al- Mubarak, Tadika Al-Quran Al-Mubarak, Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Mubarak, Institut Pendidikan Tinggi Al-Mubarak untuk anak-anak kelainan upaya mempelajari Al-Quran dan Tahsin, serta pusat terapi bagi anak-anak yang mengalami masalah pertuturan.

Terdahulu pada majlis itu,  Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024.

Selain Ab Jamal, turut menerima anugerah Maulidur Rasul adalah Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia, Datin Aminah Zakaria; Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau, serta Pakar Bidang Institut Genome dan Vaksin Malaysia, Profesor Datin Dr Khatijah Mohamad Yusoff.

Penerima lain ialah bekas Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain; Presiden Malaysian Deaf Advocacy dan Wealthy (DAWN), Sariah Ibrahim; dan ahli perniagaan, Michael Tong Wai Siong. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Felo SMJ beri ruang golongan muda sumbang idea terus kepada Kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular