Kota Kinabalu : Dua warga emas dilaporkan mengalami cedera ringan selepas kereta pacuan empat roda yang dinaiki dihempap pokok tumbang di Batu 2, Jalan Tuaran di sini petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.08 petang.
Pasukan yang terdiri daripada enam anggota dan sebuah van digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.16 petang.
“Pasukan Bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan khas(Gergaji berantai).
“Terdapat dua orang mangsa terlibat dilaporkan mengalami cedera ringan,” menurut kenyataan itu di sini.
Tambah kenyataan itu lagi, operasi tamat pada jam 2.07 petang setelah semua keadaan disahkan selamat dan tiada risiko tambahan. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM Sabah