HomeIsu tempatanAura Ustaz Abdul Somad tarik perhatian 10,000 umat Islam

Aura Ustaz Abdul Somad tarik perhatian 10,000 umat Islam

Read Time:2 Minute, 6 Second

Membakut: Aura pendakwah terkemuka nusantara, Prof Ustaz Dr. H. Abdul Somad Batubara (UAS) berjaya menarik perhatian kira-kira 10,000 umat Islam sekitar daerah ini di sini semalam.

Program yang dinamakan Ceramah Perdana 2024 ‘Membangun Dengan Ilmu’ bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1446H itu diadakan bermula jam 8.30 malam dengan qasidah serta selawat ke atas nabi junjungan Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wasallam (SAW).

Namun, kebanyakan umat Islam mula berkumpul dan memenuhi semua saf di kedua-dua khemah bersama ahli keluarga serta sahabat handai seawal jam 6.45 petang.

Hadir sama pada program itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Agama; Pengarah JHEAINS, Jumain Abdul Ghani; Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pegawai Daerah, Ibrahim Terki, di sini semalam.

Ketika ditemui media, Ustaz Abdul Somad berkata beliau menzahirkan terima kasih atas undangan kali kedua selepas tahun 2018 dan beliau berharap semua hari kebesaran Islam yang diraikan dapat membawa umat kepada sunnah Rasulullah SAW.

“Ini adalah kali kedua saya datang ke Membakut, selepas enam tahun datang lagi sekarang diundang oleh Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

“Kami sama-sama di Al Azhar, beliau jauh ilmu dan usia di atas saya tetapi saya rasa dihormati dan dimuliakan diberikan kesempatan untuk berdakwah.

“Mudah-mudahan Maulidur Rasul, Ma’al Hijrah, nuzul Al-Quran, Israk mikraj semua itu adalah momen supaya kita berkumpul bersama mensyiarkan agama Allah mengingatkan umat kepada Nabi Muhammad SAW dan tempat kita untuk bersilaturahim.

“InshaAllah kalau ini terus kita buat, maka umat ini semakin didekatkan kepada ajaran Islam kembali kepada sunnah Rasulullah SAW, pemimpin adil dan amanah kita boleh beramal soleh,” katanya

Sementara itu, Arifin berkata, pemilihan tema ‘Membangun dengan Ilmu’ adalah seiring dengan slogan Daerah Membakut iaitu ‘Membakut membangun dengan ilmu’, manakala pemilihan UAS sebagai penceramah adalah tepat dan sesuai dengan bidang kepakaran yang dimilikinya.

“Malam ini, kali kedua UAS datang ke Membakut dan beliau akan menjelajah beberapa daerah lagi yang diurus kerjasama dengan Jheains, MUIS dan Baitulmal.

“UAS sorang ilmuan dan beliau diiktiraf bukan sahaja di nusantara tetapi di antarabangsa lulusan Universiti Al Azhar dan Universiti Sudan dan kepakaran ilmu sangat terbukti dan beliau sangat dekat dengan masyarakat dalam bidang yang sangat penting untuk dakwah iaitu penceramah.

“Pendekatan beliau sangat sederhana dan ilmu disampaikan beliau boleh diterima semua peringkat hatta org muda hatta anak-anak.

“Kesemua 10 perkara telah dikupas oleh beliau sangat baik dan boleh kita jadikan renungan dan kita akan petik semua yang baik yang telah beliau kemukakan dan sesuai untuk kita terjemahkan dalam penerbitan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 15,000 dijangka meriahkan FPTA 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular