HomeUtamaFelo SMJ beri ruang golongan muda sumbang idea terus kepada Kerajaan

Felo SMJ beri ruang golongan muda sumbang idea terus kepada Kerajaan

Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) yang kini memasuki edisi ketiga berupaya memberi peluang kepada golongan muda untuk berkhidmat dan menyumbang idea secara terus kepada Kerajaan.

Program inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah itu juga merupakan satu usaha bagi menyediakan ‘Future Leaders’ dan ‘Talent Pool’ kepada kepimpinan Sabah pada masa hadapan.

Felo SMJ yang ditemui mengakui rasa teruja dan bersyukur dengan peluang yang diberikan bagi menjadi salah satu pelapis kepada barisan kepimpinan negeri.

Bagi Dayangku Adriana Ag Alimat @ Affandy,25, yang ditempatkan bertugas di Asian Supply Base berharap agar pelaksanaan SMJ yang memasuki edisi ketiga akan terus diperkasakan dimasa akan datang.

“Saya sangat bersyukur diberi peluang ini untuk menjadi salah satu pelapis barisan pemimpin di negeri Sabah.  Jadi kami berharap agar Felo SMJ ini akan terus diperkasakan dimasa akan datang.

“Alhamdulilah saya bangga menjadi Felo SMJ ini.  Selain itu saya juga yakin bahawa saya akan dapat belajar banyak dan pendedahan dari GLC yang saya ditugaskan ini,” katanya.

Bagi Mohammad Fiehzan Rosman,23, yang ditempatkan di Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) berkata, inisiatif pelaksanaan Felo SMJ itu adalah sangat baik untuk anak muda diberikan pengalaman dengan lebih teliti khususnya dalam pentadbiran sebuah kementerian atau agensi.

“Bagi saya program ini sangat baik.  Seperti saya yang baru habis belajar, ini merupakan pengalaman yang sangat baik untuk saya lebih maju ke depan.

“Saya berharap d IKRAR saya akan dapat lebih banyak pengalaman yang mana kami sendiri turun padang dimana saya baru seminggu di IKRAR, saya telah pun dibawa turun padang di Pitas, Papar dan beberapa lagi kawasan,” katanya.

Terdahulu, seramai 30 Felo SMJ 3.0 menerima watikah perlantikan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini semalam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular