HomeEkonomiAgong Lawat China: Usaha Tarik Pelaburan Bagi Projek Kereta Api Johor-Singapura

Agong Lawat China: Usaha Tarik Pelaburan Bagi Projek Kereta Api Johor-Singapura

Read Time:1 Minute, 6 Second

Sultan Johor merangkap Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim Iskandar mengadakan lawatan ke China bagi menarik pembiayaan daripada para pelabur untuk projek kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan antara Johor dan Singapura.

Baginda dijemput oleh Presiden Xi Jinping dalam usahanya memacu ledakan infrastruktur di seluruh Asia dan Afrika serta mengeratkan hubungan strategik buat kedua-dua negara.

Delegasi Sultan Ibrahim termasuk wakil YTL Corp Bhd, Tan Sri Francis Yeoh yang merupakan syarikat Malaysia yang terlibat dalam senarai pendek projek mega tersebut menunjukkan minat yang tinggi dalam penglibatan tersebut.

Yang di-Pertuan Agong telah lama menyokong rangkaian kereta api tersebut hasil cadangan yang dihidupkan semula oleh kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu dengan kaveat bahawa ia tidak akan dibiayai dengan kutipan cukai.

Sultan Ibrahim menjadi raja Malaysia pada Januari di bawah pemerintahan urutan beraja yang unik di mana sembilan raja turun temurun bergilir-gilir untuk berkhidmat selama lima tahun. Beliau memerintah negeri paling selatan Johor iaitu negeri yang bersempadan dengan Singapura.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke mengesahkan bahawa dasar kerajaan ialah projek tersebut diterajui oleh sebuah konsortium yang sekurang-kurangnya 51% milik rakyat Malaysia.

Pelaksanaan landasan kereta api itu bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan antara dua buah bandar berjarak 90 minit daripada empat jam jika menaiki kereta.

Projek dijangka menelan belanja sebanyak RM100 billion dibawah pengurusan kerajaan persekutuan. – Bloomberg

RELATED ARTICLES
Utama

Muzium Negara Terima Koleksi Set Tagung Kadazan

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular