HomeUtamaGajah betina umur 5 tahun mati jatuh gaung

Gajah betina umur 5 tahun mati jatuh gaung

Read Time:35 Second

LAHAD DATU: Seekor gajah betina berusia lima tahun ditemui mati oleh pekerja ladang di Ladang Sankina dekat sini pada pagi Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Roland Oliver Niun berkata kematian gajah betina di Ladang Sankina itu disebabkan traumatic injury kerana ada kesan lebam-lebam pada muscle badannya.

Bagaimanapun katanya, setakat ini beliau belum menerima maklumat sepenuhnya mengenai sebab kematian gajah yang berketinggian tiga kaki itu kerana belum lagi mendapat laporan post mortem.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media hari ini.

Menurutnya, gajah yang mati itu ditemui oleh pekerja ladang kira-kira jam 7 pagi Isnin lalu.

“Gajah tersebut telah terjatuh di dalam gaung ketinggian lebih kurang 100 kaki di lokasi kejadian,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan MALBATT selamat, kenderaan rosak diserang orang awam Lubnan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular