HomeIsu tempatanOrang ramai dipelawa hadir meriahkan program 'Sabah Kekal Bersih' esok

Orang ramai dipelawa hadir meriahkan program ‘Sabah Kekal Bersih’ esok

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai khususnya sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan sekitar dipelawa untuk hadir memeriahkan program ‘Sabah Kekal Bersih, Pelihara Alam, Ini Rumah Kita’ esok.

Program anjuran RComm Lestari itu akan berlangsung di Teluk Likas berhampiran dengan Anjung Selera di sini.

Pengerusi Penganjur Cyron Chang berkata, program gotong-royong yang bermula seawal jam 7 pagi itu adalah bertujuan untuk membersihkan pantai bersempena dengan ‘World Cleanup Day’ dam ‘Coastal Cleanup 2024’.

Pengerusi Penganjur Cyron Chang

“Dalam program ini, kita akan bekerjasama membersihkan pantai daripada plastik dan sampah yang merosakkan keindahan alam sekitar. Selain itu, semua plastik sampah yang dikumpulkan akan dijadikan sebagai bahan kitar semula.

“Ini juga adalah sebagai usaha untuk menjaga alam sekitar dan menyokong usaha kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam menangani isu plastik.

“Justeru, bagi pihak penganjur, kami mempelawa kepada semua masyarakat khususnya di Kota Kinabalu untuk sama-sama  menyertai kami dalam menjayakan program ini seterusnya menjadikan Sabah lebih bersih dan Lestari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Cyron berkata,, program tahunan yang dianjurkan pihaknya itu juga adalah bagi menyatakan sokongan serta usaha kerajaan negeri melalui kempen tiada plastic dengan menghasilkan eco beg galas.

Beliau turut berharap agar program ini akan dapat memberikan impak yang positif kepada masyarakat setempat selain menggalakkan orang ramai untuk menyokong usaha bagi menjaga alam sekitar.

Tambahnya lagi, untuk sebarang pertanyaan mengenai program itu, orang ramai boleh menghubungi talian 0149113384 untuk maklumat lebih lanjut.

Dalam pada itu, Cyron brkata, program itu juga merupakan perintis yang dilaksanakan dan akan turut disertai oleh pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kionsom bagi melaksanakan projek upcycling iatu eco bricks. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

30 kakitangan, pelajar UMS bakal tawan puncak Gunung Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular