HomeUtamaPemandu teksi maut ditetak, berpunca tidak puas hati, cemburu

Pemandu teksi maut ditetak, berpunca tidak puas hati, cemburu

Read Time:1 Minute, 22 Second

KENINGAU: Seorang pemandu teksi lelaki berusia 58 tahun maut ditetak oleh suspek individu lelaki berpunca rasa tidak berpuas hati dan cemburu kerana menyebelahi isteri suspek semasa berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Alizam Dalaman berkata, pihak bilik gerakan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Keningau telah terima aduan awam bahawa berlaku pergaduhan pada jam lebih kurang 9.40 malam tadi (19 Sept) di sebuah rumah Jalan Lingkudau, Taman Juta di sini.

“Hasil siasatan awal suspek dan isterinya telah bertengkar mulut menyebabkan isterinya telah lari ke rumah jiran (mangsa dan isteri).

“Mangsa dan isteri telah bertindak membantu isteri suspek untuk buat laporan polis di Balai Polis Keningau.

“Setiba di Balai Polis Keningau, anak mangsa telah menghubungi mangsa bahawa suspek sedang marah-marah di hadapan rumah.

“Mangsa balik ke rumah manakala isteri suspek juga telah berjalan kaki balik ke rumah untuk meredakan suspek.

“Dalam perjalanan mangsa balik ke rumah telah berjumpa suspek dan berlaku pergaduhan. Suspek telah menetak mangsa di bahagian tangan menyebabkan pendarahan yang teruk.

” Isteri mangsa telah sampai ke rumah bersama anggota MPV dan melihat mangsa luka di tangan dan mengalami pendarahan yang banyak.

“Anggota MPV telah memaklumkan kepada pihak Hospital dan bantuan ambulan telah datang dan mengesahkan mangsa telah meninggal di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Alizam, suspek berusia 40’an tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri itu telah melarikan diri selepas kejadian tersebut.

Katanya, punca pergaduhan diantara mangsa dengan suspek adalah suspek rasa tidak berpuas hati dan cemburu dengan mangsa kerana menolong isterinya.

Post-moterm akan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) pada masa terdekat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan MALBATT selamat, kenderaan rosak diserang orang awam Lubnan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular