HomeUtamaBeli alat pemadam api, elak kerugian lebih besar bila berlaku kebakaran -...

Beli alat pemadam api, elak kerugian lebih besar bila berlaku kebakaran – Sumsoa

Read Time:1 Minute, 33 Second

LAHAD DATU: Masyarakat Daerah Lahad Datu disaran membeli sekurang-kurangnya sebiji alat pemadam api untuk mengelak sekiranya berlaku kebakaran, ianya tidak mengalami kerugian yang lebih besar kepada mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid menyarankan perkara itu, ini susulan ad terdapat dua kebakaran rumah dalam tempoh tidak sampai 24 jam berlaku di Lahad Datu pada Khamis lalu (19 Sept).

Beliau berkata, BBP Lahad Datu menerima panggilan kes kebakaran rumah melibatkan dua lokasi berbeza dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

“Pada jam 6:53 petang hari ini (19 Sept) BBP Lahad Datu telah menerima panggilan kecemasan kebakaran dialamat Kg. Batu 21, Jalan Lahad Datu – Kunak. Kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu yang hangus terbakar sepenuhnya.

“Terdahulu satu kes kebakaran rumah pada hari sama tepat jam 9:40 malam juga terbakar sepenuhnya. Lokasi kejadian beralamat di Tanjung Labian yang terletak sejauh 122 kilometer dari BBP Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, terdapat beberapa persamaan diantara kedua-dua kes tersebut, antaranya rumah diperbuat daripada kayu, jarak yang jauh dari balai bomba (KPI 3), saiz rumah yang besar (kerugian besar) dan terdapat penghuni semasa kebakaran mula berlaku.

“Namun demikian, kejadian kedua-dua kes kebakaran ini telah memberi satu pengajaran yang sangat bermakna kepada seluruh masyarakat khususnya di Daerah Lahad Datu.

“Ini kerana hasil siasatan awal mendapati bahawa terdapat usaha dari penghuni untuk memadam kebakaran diperingkat awal namun tidak berjaya kerana tiada medium pemadaman sesuai yang tersedia didalam rumah masing-masing,” kata Sumsoa.

Justeru itu, beliau berkata, sekiranya penghuni atau pemilik rumah tersebut ada menyediakan sekurang-kurangnya sebiji alat pemadam api, besar kemungkinan kerugian ratusan ribu ringgit dapat dielakkan.

“Dengan bermodalkan tidak sampai RM200 untuk membeli sebiji alat pemadam api ia mampu memberi jaminan bahawa kerugian besar tidak akan berlaku atau dapat dikurangkan.

“Ingatlah, api semasa kecil menjadi kawan, apabila besar ia menjadi lawan. Sediakan payung sebelum hujan,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular