HomeUtamaKomuniti maritim diingatkan tingkat aspek keselamatan di laut

Komuniti maritim diingatkan tingkat aspek keselamatan di laut

Read Time:1 Minute, 2 Second

Tawau : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengingatkan komuniti maritim setempa supaya meningkatkan aspek keselamatan di laut serta berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca yang tidak menentu pada waktu ini khususnya di sekitar perairan Tawau.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, ini berikutan METMalaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bermula 24 September ini di beberapa kawasan di Semenanjung termasuk sekitar kawasan pedalaman dan Pantai Barat Sabah yang menyebabkan keadaan angin kuat dan laut bergelora.

Katanya, cuaca ini dijangka akan berlanjutan sehingga awal November mengikut ramalan yang diperolehi daripada laman sesawang METMalaysia.

Menurutnya lagi, cuaca sebegini boleh mendatangkan bahaya kepada aktiviti komuniti maritim seperti perahu-perahu kecil, pengusaha bot penumpang serta pengusaha sektor perikanan dalam negeri.

Justeru beliau berkata, aspek keselamatan di laut perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Komuniti maritim boleh terus berhubung dengan Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau menghubungi talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam bagi melaporkan sebarang insiden dan kecemasan di laut.

Aset-aset ronda Maritim Malaysia akan sentiasa bersiap sedia diatur gerak pada bila-bila masa untuk memberikan bantuan bagi sebarang situasi atau kejadian insiden di laut. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Utama

Golongan wanita digesa ceburkan diri dalam bidang perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular