HomeUtamaPusat Dialisis buah pinggang dicadang diwujudkan di Beaufort

Pusat Dialisis buah pinggang dicadang diwujudkan di Beaufort

Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Sebuah Pusat Dialisis dicadang untuk diwujudkan di daerah Beaufort bagi membantu pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan lebih dekat tanpa perlu ke ibu negeri.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, cadangan itu juga dilihat mampu mengurangkan kos perbelanjaan pesakit terlibat khususnya golongan B40.

“Di peringkat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), kita akan mewujudkan satu Pusat Dialisis yang akan dapat membantu golongan B40 yang dicadangkan di daerah Beaufort dan perkhidmatan ini akan diberi secara percuma.

“Ini adalah kerana daerah Beaufort merupakan satu kawasan strategik dimana pesakit- pesakit kita datang daripada Sipitang, Kuala Penyu, Membakut dan daerah sekitar.  Ini kerana saya difahamkan perbelanjaan para pesakit sebulan ke ibu negeri untuk rawatan boleh mencecah sehingga lebih RM1,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program ‘Fun Run For Waqf Fund’ di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini pagi tadi.

Ruslan berkata, urusan bagi pemilikan bangunan selain menilai lokasi sesuai akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum diserahkan cadangan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, pusat ini akan dikendalikan dibawah Pusat Zakat Sabah (PZS) yang menjadi pemegang amanah kepada pembayar zakat yang turut melaksakan ibadah wakaf kepada yang memerlukan.

“Pusat ini adalah dibawah tanggungjawab MUIS melalui PZS, kerana kita yakin bukan saja kepada wakaf tetapi kepada pembayar- pembayar zakat itu sudah tentu mengharapkan wang-wang zakat yang dikumpul itu dapat diberi manfaat kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan.

“Yang ini saya nampak memang sangat kritikal bukan sahaja di daerah Beaufort tapi mungkin di seluruh Sabah.  Jadi kita akan melihat perkara ini supaya ianya dapat dikembangkan ke seluruh negeri Sabah,” katanya.

Terdahulu, program julung kali anjuran Bahagian Wakaf MUIS itu berjaya menarik lebih 700 penyertaan masyarakat di sekitar kota kinabalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Komuniti maritim diingatkan tingkat aspek keselamatan di laut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular