HomeSukanPara SUKMA : Ivan, Mukhriz cipta rekod baharu 400M T44,T47

Para SUKMA : Ivan, Mukhriz cipta rekod baharu 400M T44,T47

Read Time:2 Minute, 3 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kuching : Atlet Para Olahraga Ivan Jovic Suan dan Mukhriz Ameer Izzuddin Abdul Rauf berjaya mencipta rekod baharu masing-masing dalam acara 400M Lelaki T44 dan T47 yang berlangsung di Stadium Sarawak petang tadi.

Ivan yang berjaya meraih pingat emas dalam acara 400M Lelaki T44 itu turut mencatat rekod baru dengan catatan masa 57.06s mengatasi rekod yang dicipta atlet Sarawak Mawar Kumpang dari Sarawak dengan catatan masa 1:14.49 pada 2006.

Kemenangan yang diraih Ivan itu sekaligus menewaskan Thavanesvaran A/L Subramaniam dari Johor dan Muhammad Aiman Kamal Arifin juga dari Johor.

Mukhriz Ameer Izzuddin Abdul Rauf (tengah) ketika menerima pingat

Sementara itu, Mukhriz turut berjaya mencipta rekod baharu dalam acara 400M Lelaki T47 dengan mencatat masa 53.07s sekaligus memadam rekod yang dicipta Muhamad Fahmin Fathi dari Kelantan pada 2016 dengan catatan masa 53.99s.

Atlet Selangor, Muhammad Adamarif Mohd Yunus dan Muhamad Fahmin Fathi Zulkefli dari Kelantan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga bagi acara 400M Lelaki T47.

Sementara itu, Sabah berjaya meraih 16 pingat emas pada hari kedua pingat dipertandingkan menerusi sukan Para Olahraga; Para Renang; Para Ping Pong; Para Lawn Bowls; Para Tenpin Boling dan Para Powerlifting.

Bagi Para Olahraga, sebanyak lapan pingat emas berjaya diraih pada hari ini termasuk pingat yang diraih Ivan dan Mukhriz.

Pemenang pingat emas Para Olahraga adalah Fredechi Asri (Lontar Peluru Wanita F40); Elvsius John (Lontar Peluru Lelaki F56/F57); Jericho Hedry Harry (Lompat Jauh Lelaki T46/T47); Mohamad Hanif Burhanudin (Lempar Cakera Lelaki F44/F64); Elissiebal Jonal (400M Wanita T20) Mukhriz Ameer Izzuddin Abdul Rauf (400m Lelaki T47); Mohamad Razy Hafizul Mohamad (400M Lelaki T20) dan Ivan Jovic Suan (400M Lelaki T44).

Pingat emas bagi Para Renang turut berjaya diraih atlet Sabah dengan mengutip tiga pingat emas menerusi Sharlinie Valerie Voo Wen Qin (50M Gaya Bebas Wanita S4-S6); Ethan Khoo Yin Jun (100M Gaya Kuak Lentang Lelaki S14) dan Shahafiq Abdullah (100M Gaya Bebas Lelaki S6).

Sementara itu, Para Ping Pong turut menghadiahkan emas menerusi Aliff Aldih / Brady Chin Zi Rong (Beregu Berdiri Lelaki MD18); Muhamad Lizan Mat Sittim (Perseorangan Kerusi Roda Lelaki 1-3) dan Mohd Nazizul Hamzah (Perseorangan Berdiri Lelaki 6-7).

Para Lawn Bowls dan Para Tenpin Boling masing-masing turut menghadiahkan pingat emas pada hari ini.

Antaranya Amoster Alex Henry Inter / Jaideh Jaffar (Beregu Terbuka B7) bagi Para Lawn Bowls dan Azuan Amir Hassan (Perseorangan Terbuka TPB1) bagi sukan Para Tenpin Boling. – SABAH MEDIA / FOTO KBS Sabah

RELATED ARTICLES
Sukan

Veteran kekal aktif hayun raket di usia emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular