HomeTechnologyYTL AI Labs dan Universiti Malaya Bangunkan Benchmark Bahasa Melayu Pertama, Diterima...

YTL AI Labs dan Universiti Malaya Bangunkan Benchmark Bahasa Melayu Pertama, Diterima di Persidangan EMNLP 2024

Read Time:1 Minute, 57 Second

YTL AI Labs, dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), telah berjaya membangunkan MalayMMLU (Massive Multi-task Language Understanding) pertama yang direka khusus untuk Bahasa Melayu di mana Kejayaan ini menandakan penerimaan benchmark tersebut di persidangan berprestij Empirical Methods in Natural Language Processing 2024 (EMNLP 2024)

MalayMMLU merupakan satu penanda aras yang komprehensif, direka untuk menilai keupayaan model bahasa berskala besar (LLM) dalam Bahasa Melayu. Dengan menyediakan mekanisme standard untuk menilai prestasi LLM melalui pelbagai tugas bahasa, MalayMMLU memastikan penilaian yang adil dan mendalam.

Benchmark ini merangkumi lebih daripada 24,000 soalanyang meliputi spektrum pendidikan K-12 dalam 22 mata Pelajaran dari kurikulum pendidikan Malaysia.

Pengarah Urusan YTL Power International Dato Seri Yeoh Seok Hong berkata Malaysia sedang giat membina ekosistem yang menyokong pembangunan dan penggunaan AI di negara ini. Pusat data AI pertama kami sedang dibina, dan universiti-universiti tempatan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat AI.

Pelepasan MalayMMLU ini adalah satu pencapaian penting yang akan mempercepatkan perjalanan Malaysia ke arah menjadi sebuah negara AI. YTL AI Labs berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Pembangunan MalayMMLU ini dilihat sebagai komponen penting dalam memperkukuh kefahaman LLM terhadap Bahasa Melayu. Ini juga akan membantu mempercepatkan penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, dan perkhidmatan awam dan Penyelesaian AI yang lebih relevan dari segi budaya tempatan akan memberi manfaat kepada Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Tambahnya YTL AI Labs dan Universiti Malaya turut merancang untuk  melepaskan dataset MalayMMLU bersama kod penilaian secara terbuka, membolehkan komuniti AI global menyumbang kepada pembangunan teknologi AI yang lebih inklusif dan berkesan.

Dalam pada itu, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya Profesor Ir. Dr Chan Chee Seng dan CEO YTL AI Labs Foong Chee Mun pula berkata Penerimaan MalayMMLU di persidangan EMNLP 2024 merupakan satu pencapaian besar dalam pembangunan LLM yang disesuaikan untuk konteks Malaysia.

Kini, kita mempunyai penanda aras untuk Bahasa Melayu yang sebelum ini tidak wujud. Kami percaya bahawa lebih banyak aplikasi akan dibangunkan berdasarkan benchmark ini.

Ini Adalah satu penghormatan besar bagi Universiti Malaya untuk bekerjasama dengan YTL AI Labs menjadi yang pertama di dunia menetapkan penanda aras sejagat untuk bahasa kebangsaan kita

Pembangunan benchmark ini diharapkan dapat membuka jalan kepada lebih banyak aplikasi kecerdasan buatan yang bukan sahaja lebih berkesan, tetapi juga relevan dengan budaya dan keperluan tempatan, memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam inovasi AI di rantau ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelancong China catat ketibaan antarabangsa tertinggi di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular