HomeUtamaDua beradik, kanak-kanak & bayi dikhuatiri hanyut dibawa arus deras

Dua beradik, kanak-kanak & bayi dikhuatiri hanyut dibawa arus deras

Read Time:45 Second

KENINGAU: Dua beradik kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang bayi dikhuatiri hanyut dibawa arus deras ketika banjir melanda tempat kediaman rumah mangsa di Kampung Dalit, Sook pada jam 5 petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.06 malam Selasa (24 Sept).

“Menurut pengadu terdapat tujuh orang mangsa hanyut di bawa arus ketika banjir di tempat kediaman rumah mangsa pada jam 5 petang semalam (24 Sept).

“Lima mangsa selamat manakala dua orang lagi masih hilang merupakan mangsa kanak-kanak berusia dua tahun dan bayi dua bulan.

“Pasukan Bomba dari BBP Keningau (Balai Bantuan) bersama BBP Nabawan berada di lokasi untuk mengambil maklumat mangsa.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular