HomeUtamaPremis GISBH di Putatan tutup

Premis GISBH di Putatan tutup

Read Time:1 Minute, 6 Second

Putatan : Premis perniagaan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang terletak di Putatan di sini dilihat tidak lagi beroperasi sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, penutupan operasi itu mempunyai hubung kait dengan isu berkaitan salah laku membabitkan organisasi berkenaan yang tersebar sejak kebelakangan ini.

Tinjauan Sabah Media ke premis GISB yang terletak di Royal Plaza Putatan itu turut mendapati papan tanda perniagaan premis berkenaan turut diturunkan.

Premis perniagaan restoran tutup sejak beberapa hari lalu

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang juga Exco Agama negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, satu mesyuarat bersama Pejabat Mufti negeri Sabah akan diadakan bulan depan bagi mengetahui keputusan berhubung isu GISBH di negeri ini.

Katanya, pihak polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) turut memainkan peranan dalam menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan.

“Saya sudah meminta kepada Pejabatan Mufti untuk meneliti dan membuat ketetapan pada bulan Oktober ini dan mereka akan bermesyuarat bagi memutuskan hukum tentang perkara organisasi ini.

Bahagian belakang tempat penyimpanan barangan juga ditutup

“Saya juga telah meminta kepada Mufti untuk membuat penyelidikan dari sudut hukum berhubung apa yang diamalkan oleh pihak berkenaan.

“Mufti akan memaklumkan kita dan Kerajaan akan memaklumkan kepada Masyarakat dan yang ada hubung kait dengan kita tentang hukum akidah. kita akan teliti dan kita akan putuskan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

14 pelajar bakal lanjut pengajian ke Mesir dan Jordan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular