HomeUtama55 guru pengajian pendidikan di serap ke lantikan tetap

55 guru pengajian pendidikan di serap ke lantikan tetap

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu: Seramai 55 guru pengajian pendidikan dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) diserap ke jawatan tetap Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DG29.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif berkata, usaha tersebut adalah sebagai motivasi dalam memberikan hasil kerja yang lebih baik selain mampu menyelesaikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah agama.

“Besarlah harapan saya dengan adanya pengiktirafan ini maka ianya dapat menyuntik semangat dan memberikan motivasi untuk memberikan sepenuh komitmen serta tanggungjawab dalam memberikan mutu dan hasil kerja yang lebih baik seiring dengan kenaikan gred yang diberikan.

“Di samping itu, usaha ini diharapkan dapat menampung beberapa isu kekurangan guru di sekolah-sekolah di daerah antaranya Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) setersunya memberi keselesaan kepada pegawai-pegawai yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Penyerapan ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DG29 di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan turut menyeru kepada pegawai-pegawai yang telah diiktiraf melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu agar dapat berdaya saing.

“Justeru itu, tahap kompetensi dalam menyampaikan maklumat serta kecekapan dalam melaksanakan tugasan adalah sangat diutamakan bagi mencapai matlamat dan aspirasi jabatan.

“Semua pegawai hendaklah melengkapkan diri dengan skill set (Communication skill, Management skill, problem solving skill dan Decision making skill) yang membolehkan kita berdaya saing dengan pegawai-pegawai jabatan lain dalam memberikan mutu perkhidmatan yang baik,” katanya.

Dalam majlis tersebut, turut disampaikan sijil lantikan kenaikan pangkat kepada 15 pegawai dan kakitangan JHEAINS terdiri daripada masing-masing seorang Pegawai Tadbir Gred N48, Jurutera Gred J44, Pegawai Tadbir Gred N41, dua Pembantu Tadbir Gred N26 serta 10 orang Pembantu Tadbir Gred N22.

Turut hadir, Pengarah JHEAINS, Jumain Abdul Ghani; Timbalan Pengarah (Pentadbiran), Ahmad Yusop; Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), Awang Juri Ag. Tahir dan Timbalan Pengarah (Pendidikan), Abdul Rahman Talipuddin.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan timbang cadangan Model Ekonomi Sabah baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular