HomeUtamaGISBH : Jawatankuasa Fatwa Sabah teliti, selidik jika terdapat pelanggaran akidah

GISBH : Jawatankuasa Fatwa Sabah teliti, selidik jika terdapat pelanggaran akidah

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah kini sedang membuat penelitian dan penyelidikan dari sudut hukum sekiranya terdapat pelanggaran akidah dalam organisasi Global Ikhwan Service and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di negeri ini.

Exco Agama Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, pihaknya juga masih menunggu keputusan mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang akan diadakan awal Oktober ini.

“Kita masih menunggu mesyuarat jawatankuasa fatwa negeri Sabah yant akan bermesyuarat awal Oktober ini. Sekarang mereka sedang membuat penyelidikan dari sudut hukum. Dari sudut lain, kita serahkan dibawah pihak berkuasa polis.

“Kita juga ada jawatankuasa bersama dengan pihak polis dan pihak yang kita sebut sebagai Jawatankuasa Penyelarasan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JaPHEIS) dimana saya pengerusinya juga akan melihat perkara atau isu-isu berhubung akidah, halal dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan seminar membangun Sabah dalam perspektif Malaysia Madani di Dewan Bahasa dan Pustala (DBP) Sabah di sini hari ini.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, pihaknya juga akan turut berkongsi maklumat berkaitan dari masa ke semasa.

Semalam, tinjauan Sabah Media ke premis perniagaan GISBH yang terletak di Putatan dilihat tidak lagi beroperasi sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, penutupan operasi itu mempunyai hubung kait dengan isu berkaitan salah laku membabitkan organisasi berkenaan yang tersebar sejak kebelakangan ini.

Tinjauan turut mendapati papan tanda perniagaan premis berkenaan turut diturunkan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dr Maria dilantik Pengarah JKNS baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular