HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan kapal tangki bawa 8,000 liter petrol tanpa kebenaran

Maritim Malaysia tahan kapal tangki bawa 8,000 liter petrol tanpa kebenaran

Read Time:1 Minute, 1 Second

Sandakan :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menahan sebuah vesel tangki membawa 8,000 liter petrol tanpa surat kebenaran yang sah, baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya telah mengesan vesel tersebut pada jam 4 pagi hari yang sama ketika sedang menuju ke Telukan Sandakan.

“Hasil pemeriksaan, vesel tersebut dikendalikan oleh seorang warga tempatan berumur 72 tahun dibantu lima orang anak kapal warga tempatan dan warga asing berumur 33 hingga 41 tahun yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Vesel tangki dengan muatan 8,000 liter minyak petrol itu ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu membawa barang kawalan tanpa kebenaran atau dokumen yang sah dan Akta Kastam 1967 kerana mengemukakan dokumen yang meragukan,” katanya dalam kenyataan di di sini semalam.

Suhairy berkata, kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau salah laku di perairan negara, boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau hubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dipelawa meriahkan Biz Market Madani 2024 esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular